FASAL KEENAM : EROPAH, PEMBANTU DALAM RANGKAIAN PEMBENTUKAN RANGKAIAN MUSLIM SEDERHANA (MODERAT)
Didalam fasal keenam ini, laporan/kajian menyatakan sekurang-kurangnya di Eropah Barat sahaja telah terdapat lebih kurang 15 juta ummat Islam disana. Diantaranya :
1). Perancis – lebih 4 juta hingga 6 juta ummat Islam.
2). Jerman – lebih 3 juta ummat Islam.
3). England – lebih 1.5 juta ummat Islam.
4). Sepanyol – lebih 1 juta ummat Islam.
5). Belanda – hampir 1 juta ummat Islam.
Dalam usaha menjadikan kekuatan pemikiran ummat Islam Eropah lebih menyerlah, maka laporan/kajian menyebutkan tentang bancian yang disebut secara sepintas lalu, iaitu pada tahun 2004 bilangan buku-buku berbahasa Arab yang telah disebarkan di Britain dan Perancis adalah lebih banyak daripada keseluruhan buku-buku berbahasa Arab yang disebarkan di Dunia Islam. Laporan/kajian mengkaji tentang kepelbagaian persepsi dalam mengungkap tentang Islam di Eropah dan melalui itu difokuskan kepada tiga aliran kefahaman yang utama. Aliran-aliran itu ialah :
Dalam usaha menjadikan kekuatan pemikiran ummat Islam Eropah lebih menyerlah, maka laporan/kajian menyebutkan tentang bancian yang disebut secara sepintas lalu, iaitu pada tahun 2004 bilangan buku-buku berbahasa Arab yang telah disebarkan di Britain dan Perancis adalah lebih banyak daripada keseluruhan buku-buku berbahasa Arab yang disebarkan di Dunia Islam. Laporan/kajian mengkaji tentang kepelbagaian persepsi dalam mengungkap tentang Islam di Eropah dan melalui itu difokuskan kepada tiga aliran kefahaman yang utama. Aliran-aliran itu ialah :
1. Aliran yang berpegang dengan penyatuan dalam kehidupan di Eropah, iaitu dengan mengubah ajaran Islam agar bersesuaian dengan cara kehidupan yang bertamadun di Eropah. Disamping itu golongan dalam aliran ini turut mengamalkan ajaran Islam yang terdaya sahaja dan tidak bercanggah dengan sisitem dan undang-undang di Eropah.
2. Aliran yang berpegang teguh dengan identiti Islam dalam benua Eropah. Walaupun begitu, mereka sedar bahawa sebahagian syiar-syiar Islam tidak mungkin dapat diamalkan di Eropah seluruhnya. Perbezaan corak hidup mereka dengan cara hidup masyarakat bukan Eropah merupakan perbezaan dari sudut kepelbagaian kebudayaan dan ketamadunan di Eropah berkembang biak.
3. Aliran yang menghayati keagungan Islam sepenuhnya dan berusaha melaksanakan seluruh ajaran Islam, dan ingin melaksanakan sepenuhnya undang-undang syariat. Secara umumnya aliran ini adalah pendokong aliran Salafi sebagaimana yang disebutkan oleh laporan/kajian terbabit.
“... Aliran Salafi berpendapat, pertubuhan-pertubuhan Islam perlu diperluaskan sehingga sampai ke tahap ummat Islam di Eropah seramai yang boleh, dapat mengamalkan cara hidup yang tersendiri melalui sistem Islam yang tidak diisytiharkan dari dalam negara Sekular. Mereka (Salafi) menyakini bahawa hasil dakwah dan peratusan kelahiran yang tinggi dikalangan ummat Islam dan bilangan anak-anak muda yang ramai dalam demografi kependudukan disamping penghijrahan yang berterusan, akan menjadikan masyarakat Islam semakin berkembang biak di Eropah. Ini akan membuka ruang lebih luas untuk mendominasikan masyarakat. Dengan kata lain, golongan pertama dan kedua melihat transformasi Islam ke Eropah sebagai meng-EROPAH-kan Islam, manakala golongan yang ketiga pula bercita-cita untuk meng-ISLAM-kan Eropah pula..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 93.
Laporan/kajian memberikan amaran tentang sikap Eropah yang menganggap boleh berkerjasama dengan semua aliran-aliran Islam yang sederhana, ini adalah satu tanggapan yang salah. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab Eropah untuk hanya menyokong dan membantu kumpulan aliran yang pertama sahaja (lihat diatas). Aliran pertama itu ialah satu golongan yang menyetujui proses penggabungan cara hidup Islam dalam kehidupan di Eropah. Namun laporan/kajian aliran yang kedua perlu diberikan sedikit sokongan juga selagi tidak bertentangan dengan prinsip Eropah. Manakala laporan/kajian menyifatkan bahawa aliran yang ketiga, iatu aliran Salafi di Eropah sebagai aliran paling bahaya yang sedang dihadapi oleh benua Eropah. Aliran ini perlu dibendung dan ditentangi. Usaha membasmi kewujudannya secara strategi serta praktikal perlu dilakukan dalam arena pemikiran masyarakat Islam Eropah dan golongan ini tidak boleh disokong sama sekali pun.
Didalam hal ini, satu soalan berbentuk hipotesis dikemukakan iaitu bagaimana anda dapat mengenali golongan sederhana (Moderat) di Eropah ?. Bagi menjawab persoalan ini, laporan/kajian menyebutkan : Ada cara yang terbaik untuk mengenali golongan aliran sederhana (Moderat), iaitu dengan melihat kebergantungan mereka kepada Islam ala Eropah. Orang Islam yang berfahaman Liberal menyokong pembentukan dan perkembangan Islam ala Eropah sebagai satu contoh Islam yang baru dan tersendiri dalam kemodenan Barat.
Dalam fasal ini juga, laporan/kajian menyebutkan beberapa contoh pandangan dan format yang dianggap sebagai aliran sederhana (Moderat) pada pandangan para penyedia laporan/kajian terbabit. Pada hakikatnya, contoh dan format itu merupakan aliran-aliran yang memusuhi Islam melalui pelbagai rupa bentuk yang jelas dan nyata. Sebagai contohnya , laporan menyebutkan beberapa orang :
- Seorang wanita yang bernama Samiah Labidi (rujuk profile beliau : http://fr.linkedin.com/pub/samia-labidi/5a/ab3/481) yang menetap di Eropah. Wanita itu menerbitkan majalah yang berjudul Electrochoc, yang mana beliau memaksudkan kejutan elektrik. Dalam salah satu siri majalahnya itu, yang diterbitkan pada musim bunga tahun 2006, redaksi pengarang majalah itu telah mengutarakan sebuah dialog fiksyen bersama Nabi Shallallahu a’laihi wa Sallam. Mereka (redaksi pengarang) telah bertanyakan pendirian Baginda tentang perkahwinan kanak-kanak dan pandangan Baginda tentang Osama Bin Laden. Lalu mereka menyebutkan fiksyen mereka tentang reaksi Nabi Shallallahu a’laihi wa Sallam.
- Seorang individu bernama Dr.Basim Tayibbi yang menyebutkan tentang kesederhanaan (Moderat). Didalam kenyataan beliau, hubungan antara syariat Islam dengan hak-hak kemanusiaan bagaikan hubungan antara api dan air.
- Seorang Syeikh sufi di Eropah yang bernama Abdul Hadi Balazi (rujuk profile beliau : http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_Palazzi). Kuat menentang aliran Salafi. Beliau berpendapat syariat Islam melarang orang-orang Islam daripada mengamalkan amalan Islam walaupun yang dinyatakan oleh al-Quran jika ianya bercanggah dengan undang-undang negara yang didiami oleh seseorang itu. Dalam ertikata yang lain, beliau mengaskan bahawa orang Islam tidak boleh melaksanakan apa jua yang dibenarkan dalam al-Quran, jika amalan itu tidak sejajar dengan undang-undang di negara yang didiaminya itu.
Seterusnya didalam fasal yang ketujuh nanti, (akan dinyatakan pula oleh penulis) bahawa laporan/kajian menyebutkan beberapa lagi nama-nama dan pertubuhan-pertubuhan yang boleh dijalinkan kerjasama di Eropah dalam usaha mewujudkan “Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderat)”.
Para penyedia laporan/kajian tersebut bersunguh-sungguh menyebutkan beberapa nama individu dan pertubuhan dengan mengaitkan mereka secara langsung dengan aliran-aliran Sekular dan moden. Apa yang dilakukan itu jelas menampakkan usaha mereka untuk membabitkan sebanyak mungkin pertubuhan dan individu bagi menyokong projek kesederhaan acuan Amerika itu dan dalam masa yang sama ditonjolkan bahwa mereka itu sebagai pelanggan Amerika di rantau tersebut. Namun pun begitu, laporan/kajian menyatakan, tidaklah semudah untuk menerima mereka itu tanpa memeriksa dengan rapi apakah niat dan tujuan serta idea setiap yayasan, pertubuhan dan individu yang terbabit selagi tidak dikaji secara keseluruhannya.
-------------------------------------------------------
BERSAMBUNG KE FASAL KETUJUH : ASIA, PEMBANTU KHAS DALAM RANGKAIAN PEMBENTUKAN RANGKAIAN MUSLIM SEDERHNA (MODERAT)
- Insya Allah, Fasal Ketujuh dan fasal-fasal seterusnya serta kesimpulan bagaimana Dunia Islam untuk menghadapi perancangan ini akan bersambung lagi -