بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Sabtu, 15 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL PERTAMA

LAPORAN RAND : PEMBENTANGAN FASAL-FASAL PEMBENTUKAN RANGKAIAN UMAT ISLAM SEDERHANA (MODERATE).

FASAL PERTAMA : PENDAHULUAN
Didalam fasal pertama ini, disebutkan tentang realiti Dunia Islam yang berhubung dengan peranan masjid dikalangan politik pembangkang. Golongan Sekular tidak berupaya untuk menggunakan mimbar-mimbar masjid untuk memperkenalkan manhaj mereka. Laporan/kajian berpendapat gerakan Islam mempunyai kedudukan kewangan dan strategi yang tersusun. Kedua-dua hal inilah yang merupakan elemen yang penting dan berkesan didalam komuniti Islam.

Untuk membolehkan Barat mengubah keadaan ini berpihak kepada golongan Sekular yang memusuhi Islam, maka iktibar dari pengalaman Perang Dingin dahulu akan digunakan. Pada fasal-fasal seterusnya, laporan/kajian menunjukkan bagaimana Amerika menghadapi ideologi Komunis dan strategi itu boleh diguna pakai dalam membendung Islam. 

Perlunya mewujudkan satu kelompok manusia dari kalangan ummat Islam itu sendiri yang memusuhi gerakan-gerakan Islam. Mereka akan berperanan menjalankan segala misi bagi menghalang, membendung dan menentang segala bentuk sokongan dan idea keislaman di Dunia Islam pada hari ini. Pada fasal pertama ini, disebutkan secara jelas betapa perlunya mempergunakan golongan yang memusuhi aliran Islam. Golongan ini disebutkan pada fasal-fasal seterusnya, termasuk juga sebagai golongan Moderate. 

Salah seorang yang telibat didalam laporan/kajian itu , Derek Keyen menyebutkan :
“..sebagaimana juga kita – berpendapat cara yang betul ialah membentukkan tapak lapangan negara ummat Islam dan hendaklah dikuasai oleh musuh-musuh aliran Islam itu sendiri. Sebagaimana semasa Perang Dingin pelbagai pertubuhan anti Komunis telah diwujudkan di negara Barat, Eropah…” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 5.

Penulis melihat, betapa buruk dan hinanya mereka itu (penyedia laporan/kajian), mengaitkan Islam ini seolah-olah seperti Komunis. Semoga Allah Subhana wa Ta’ala membalas keburukan yang mereka lontarkan kepada Islam ini.

......................................................

- Bersambung ke FASAL KEDUA -