FASAL KELIMA : PLAN RANCANGAN LALUAN PEMBENTUKAN RANGKAIAN SEDERHANA (MODERAT) DIKALANGAN DUNIA ISLAM.
Didalam fasal ini, penulis berharap para kaum muslimin agar meneliti secara mendalam untuk mengenalpasti hasil-hasil dari laporan/kajian tersebut. Laporan/kajian menegaskan diawal fasal kelima ini, bahawa langkah permulaan yang perlu diambil oleh Amerika dalam mewujudkan “Rangkaian Muslim Sederhana” tersembunyi di sebalik pentakrifan dan bancian terhadap kecenderungan ummat Islam. Kesukaran untuk mengenalpasti para golongan sederhana (Moderat) boleh diatasi dengan merujuk kepada hasil-hasil tulisan yang telah disediakan dan dijalankan melalui kajian-kajian silam yang telah dilakukan oleh sebahagian penyelidik di Yayasan RAND. Dengan cara itu ia boleh dipastikan dan dijadikan sebagai petunjuk siapakah sebenarnya golongan Islam sederhana (Moderat) itu. Melalui laporan/kajian didalam fasal ini, disebutkan cirri-ciri terpenting golongan Islam sederhana (Moderat) tersebut, iaitu :
1. Penerimaan terhadap demokrasi. Penerimaan terhadap nilai-nilai demokrasi Barat adalah petunjuk terpenting untuk mengenali golongan sederhana (Moderat) ini. Sesetengah orang Islam menerima sepenuhnya transkrip demokrasi Barat, manakala sebahagian yang lain hanya menerima demokrasi yang sejajar dengan prinsip dan nilai Islam khususnya prinsip syura, yang mana mereka (ummat Islam) menganggap syura adalah sejajar dengan demokrasi. Mereka menganggap menerima sepenuhnya demokrasi membawa erti menolak kewujudan negara Islam.
2. Penerimaan sumber-sumber yang tidak terikat dengan mazhab dalam mewujudkan undang-undang. Para penyelidik laporan/kajian terbabit berpendapat, perbezaan ketara antara golongan ekstrimis dengan golongan sederhana (Moderat) ialah berkaitan dengan pendirian tentang pelaksanaan syariat. Laporan/kajian menegaskan bahawa tafsiran-tafsiran syariat Islam dalam bentuk yang tradisional tidak sejajar dengan prinsip-prinsip demokrasi dan tidak menghormati hak kemanusian. Kesimpulan ini dibawa berdasarkan artikel yang ditulis oleh seorang penulis dari Sudan, Abdullah bin Nu’aim yang menyebutkan : “Lelaki dan wanita orang mukmin (beriman) dan orang bukan Mukmin (tidak beriman), tidak memiliki hak yang sama didalam syariat Islam”.
3. Menghormati hak kewanitaan dan golongan penganut agama minoriti. Dalam hal ini, laporan/kajian menyatakan bahawa golongan sederhana (Moderat) lebih menerima golongan wanita dan menganut agama minoriti. Golongan sederhana (Moderat) berpendapat isu-isu pemisahan antara wanita dan golongan minoriti yang disebutkan didalam al-Quran perlu dikaji semula dengan alasan keadaan zaman nabi Islam sudah berbeza dengan situasi zaman kini.
4. Membuang tindakan keganasan dan kekerasan yang tidak sah. Laporan/kajian menegaskan bahawa golongan sederhana (Moderat) percaya – sebagaimana keadaannya dalam sebahagian besar agama-agama lain – tentang idea peperangan yang adil. Akan tetapi hendaklah digariskan pendiriaan menggunakan kekerasan, bilakah ia dikira sah dan bilakah sebaliknya ?.
“..Golongan sederhana (Moderat) berpendapat ajaran-ajaran didalam al-Quran dan as-Sunnah yang menampakkan penindasan terhadap wanita dalam masyarakat dan keluarga (sebagai contohnya, anak perempuan mewarisi harta pusaka sebanyak separuh yang diwarisi oleh anak lelaki), perlu ditafsirkan semula mengikut realiti masa kini dan bukannya dengan realiti pada hayat Nabi Muhammad (SAW)..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 45.
“.. Maksud tersirat disebalik sokongan terhadap demokrasi ialah untuk menentang prinsip-prinsip negara Islam. Titik perbezaan diantara orang Islam yang bersikap sederhana (Moderat) dengan aliran-aliran Islam yang ekstrimis di negara-negara Islam yang undang-undangnya bersumberkan dari Barat (iaitu sebahagian besar negara-negara di Dunia Islam) berkisar pada persoalan adakah wajib dilaksanakan undang-undang Islam itu ? ..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 66 dan 67.
A. UJIAN UNTUK MENGENALPASTI DAN MENGETAHUI SIKAP KESEDERHANAAN (MODERAT)
Didalam fasal ini laporan/kajian mengemukakan himpunan beberapa soalan yang dianggap sebagai neraca untuk mengetahui sikap kesederhanaan dan melalui jawapan-jawapan terhadap soalan-soalan tersebut, akan menentukan apakah individu atau perkumpulan itu boleh dan layak dilabelkan sebagai berfahaman sederhana (Moderat) ataupun sebaliknya.
Laporan/kajian turut memberi amaran bahawa gerakan-gerakan Islam dalam sesetengah keadaan mendakwa mereka berfahaman sederhana (Moderat), akan tetapi kesederhanaan itu adalah mengikut acuan yang mereka terima pakai sendiri. Jesteru itu dengan adanya satu senarai soalan yang terpilih dan dipersetujui, bolehlah dijadikan asas untuk merungkai kemusykilan itu.
Soalan-soalan tersebut akan membongkar maksud sebenar mana-mana individu atau kelompok dalam aliran-aliran Islam yang mendakwa mereka berfahaman sederhana, atau menuntut supaya mereka dilayani sebagai pendokong aliran sederhana (Moderat). Oleh itu, golongan sederhana (Moderat) hendaklah dibataskan terhadap mereka(ummat Islam) yang berjaya melepasi ujian kesederhanaan yang ditetapkan oleh Amerika melalui penilaian dari laporan/kajian RAND tersebut.
Telah ditetapkan 11 soalan yang mana umumnya, ia merupakan garis utama untuk mendapat piawaian kesederhanaan yang dicadangkan. Soalan-soalan itu disediakan dari bahasa inggeris (pada asalnya), dan Dr.Basem Khafaji (yang membongkar perancangan ini) berharap para kaum muslimin meneliti dalam menterjemahkannya. Ini kerana berkemungkinan media-media pro pentadbiran Amerika akan memanipulasikan dan membuat perubahan terhadap teks soalan-soalan tersebut kedalam bahasa Arab (ataupun bahasa lain) disebabkan oleh sensitiviti yang akan timbul kelak. Diantara soalan-soalan tersebut :
APPLICATION OF CRITERIA. (Building Moderate Muslim Networks, RAND Center for Middle East Public Policy, Page 69)
............................................
Therefore, ini determining whether a group or movement meets this characterization of moderation, a reasonably complete picture of its worldview is needed. This picture can emerg from the answers given to the following questions :
i. Does the group (or individual) support or condone violonce ?. If it does not support or condone violonce now, has it supported or condoned it the past ? (Adakah individu atau perkumpulan terbabit menerima kekerasan dan mempraktikannya ?. Jika ia tidak menerima atau menyokong kekerasan pada masa kini, adakah ia pernah mempraktikannya atau menerimannya pada masa lampau ?)
ii. Does its support democracy ? And if so, does it define democracy broadly in terms of individual rights ? (Adakah ia menyokong demokrasi ? Dan jika ia menyokongnya, adakah demokrasi yang disokong itu merangkumi pengertiannya yang luasa, yang mana ia berhubung kait dengan hak-hak individu ?)
iii. Does its support internationally recognized human rights ? (Adakah ia menyokong hak-hak manusia yang dipersepakati pada peringkat antarabangsa ?)
iv. Does its make any exceptions (e.g, regarding freedom of religion) ? (Adakah terdapat sebarang pengecualian dalam hal tersebut (sebagai contoh, dalam hal yang berkait dengan kebebasan beragama?)
v. Does its believe that changing religions is an individual right ? (Adakah ia percaya bahawa menukar agama termasuk dalam hak individu?)
vi. Does its believe the state should enforce the criminal-law component of shar’ia ? (Adakah ia percaya bahawa negara bertanggungjawab melaksanakan syariat Islam dalam aspek yang khusus berkaitan dengan undang-undang jenayah?)
vii. Does its believe the state should enforce the civil-law component of shar’ia ? Or does it believe there should be non-shar’ia options for those who prefer civil-law metters to be adjudicated under a secular legal system ? (Adakah ia percaya bahawa negara bertanggungjawab melaksanakan syariat Islam dalam aspek yang khusus berkaitan dengan undang-undang sivil? Atau adakah ia percaya wajib diberikan pilihan untuk menerima undang-undang yang tidak berdasarkan syariat kepada orang yang meilih undang-undang sivil yang termasuk dalam system undang-undang sekular? )
viii. Does its believe that members of religious minorities should be entitled to the same rights as Muslims ? (Adakah ia percaya bahawa golongan penganut agama minoriti patut mendapat hak yang sama dengan hak-hak orang Islam ?)
ix. Does its believe that members of religious minority could hold high political office in a Muslim majority country ? (Adakah ia percaya bahawa salah seorang individu daripada golongan penganut agama minoriti boleh menjawat jawatan politik tertinggi di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam ?)
x. Does its believe that members of religious minorities are entitled to bulid and run institutions of their faith (e.g, churches and synagogues) in Muslims majority countries ? (Adakah ia percaya bahawa golongan penganut agama yang minority berhak menubuhkan dan mentadbir rumah ibadat yang khusus dengan agama mereka (seperti contohnya, gereja dan biara Yahudi) di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam ? )
xi. Does its accept a legal system based on nonsectarian legal principles ? (Adakah ia percaya dengan system perundangan yang berlandaskan kepada prinsip perundangan yang tidak terikat dengan mazhab ?)
Hebatkan soalan-soalan tersebut ?...Sesiapa yang membaca sekilas pandang soalan-soalan diatas ini, dengan segera dapat menanggapi apakah fahaman kesederhanaan yang dikehendaki oleh Amerika, ataupun mungkin ada sebahagian kaum muslimin agak keliru untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
Ketahuilah, fahaman kesederhanaan yang direncanakan itu, hanyalah mengungkapkan tentang kepentingan-kepentingan Amerika yang bermatlamat mengubah ummat Islam supaya jauh daripada Islam dibawah seruan kesederhanaan sedunia. Apa yang akan dijangkakan terjadi apabila hasil garis panduan dari laporan/kajian tersebut, telah diperakui dan diketengahkan dalam lapangan pemikiran antarabangsa, ia akan menghalang rakyat seluruh dunia daripada menolaknya bahkan tidak akan dibantah. Ini kerana jika bantahan terhadap garis panduan itu akan dilabelkan sebagai bantahan terhadap hak kemanusian seperti yang diperakui oleh masyarakat antarabangsa atau sekalian perundangan di dunia. Sebagai contoh, telah berlaku dimana ada golongan-golongan yang melakukan tabiat yang ganjil (menyanggahi akhlak, nilai fitrah dan adat), telah diperakui sebagai mempunyai hak-hak kemanusian.
Laporan/kajian menegaskan adalah penting segala teks-teks syarak daripada sumber-sumber klasik Islam yang berupaya dijadikan sokongan kepada garis panduan itu hendaklah dicungkil. Pendakwah-pendakwah baru (atau pendakwah dikalangan anak-anak muda seperti yang oleh laporan/kajian RAND), hendaklah dipergunakan bagi mencapai maksud tersebut serta seruan kesederhanaan (Moderat) hendaklah dijauhkan daripada masjid-masjid dan seumpamanya. Ia (fahaman Moderat) itu hendaklah dijalankan melalui penggunaan program-program televisyen, personaliti-personaliti daripada kalangan selebreti yang terkenal di peringkat media dan orang ramai.
Wahai kaum muslimin, sedarilah ! Sesungguhnya kita ummat Islam sedang menghadapi usaha-usaha pentakrifan semula oleh Amerika melalui laporan/kajian tersebut, yang mana pentakrifan kesederhanaan itu tidak bersandarkan kepada prinsip kesederhanaan dan kasih sayang yang digesa oleh syariat Islam (al-Quran dan as-Sunnah).
A. PEMILIHAN GOLONGAN YANG TERMASUK DALAM ALIRAN KESEDERHANAAN (MODERAT)
Laporan/kajian berpendapat Amerika Syarikat perlu mengklafikasikan golongan yang termasuk dalam kefahaman sederhana (Moderat) yang dikehendaki oleh Amerika daripada kumpulan-kumpulan yang telah disebutkan. Yayasan dan kumpulan-kumpulan yang melepasi piawaian kesederhanaan itu hendaklah diberikan sokongan. Amerika Syarikat hendaklah memainkan peranan sebagai pemimpin dalam menubuhkan yayasan-yayasan dan pertubuhan-pertubuhan bagi menyokong aliran kesederhanaan ciptaan dan acuan Amerika tersebut. Diantara sokongan-sokongan yang diberikan selain bentuk dana kewangan, ialah perlunya membentuk persekitaran keilmuan, pemikiran dan sosial yang berupaya menyokong, mempermudahkan dan merangsang kemunculan pelbagai yayasan dan pertubuhan, yang bergerak bagi kepentingan Amerika dan menjadi pencabar kepada aliran–aliran Islam yang lain. Didalam fasal ini, laopran/kajian telah membahagikan beberapa kumpulan ummat Islam yang mana Amerika boleh menjalinkan hubungan kerjasama dengan mereka itu. Para penyedia laporan/kajian menyatakan bahawa aliran sekular merupakan aliran terpenting bagi Amerika dan wajib berkerjasama dalam mewujudkan rangkaian ummat Islam sederhana (Moderat) di Timur Tengah dan Dunia Islam. Golongan tersebut ialah :
1. Golongan/Aliran Sekular. (Golongan ini dibahagikan pula dengan tiga kelompok lagi)
- Golongan Sekular Pertama : Mereka ialah golongan yang percaya dengan prinsip demokrasi Barat, dan membangkang perlaksanaan hukum syariah.
- Golongan Sekular Kedua : Dikenali dengan nama Musuh Kekuasaan Agama. Mereka ialah golongan yang memegang tampuk kuasa di sesetengah negara seperti Tunisia dan Turki
- Golongan Sekular Ketiga : Mereka ialah yang mewakili kebanyakan sistem di negara-negara Islam. Mereka tidak menyatakan permusuhan secara terang-terangan terhadap Islam. Namun laporan/kajian berpendapat dan memberi amaran agar berwaspada apabila berinteraksi dengan golongan ini, walaupun mereka adalah orang-orang sekular kadangkala mereka itu memberikan kerjasama kepada gerakan-gerakan Islam dalam usaha menentang perubahan demokrasi seperti yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat.
2. Golongan/Aliran Islam Moden.
- Golongan/aliran ini adalah golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama, atau olongan yang cuba menerapkan ajaran Islam di dunia moden. Golongan ini berpendapat tidak ada percanggahan antara Islam dengan demokrasi dan hak-hak individu. Laporan/kajian menegaskan bahawa salah-satu syarat pendokong fahaman liberal atau seumpamanya (yang diterima oleh Amerika), ialah mereka yang menolak sekeras-kerasnya idea penubuhan negara yang bercirikan ke-Islaman yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Laporan/kajian menyebutkan antara ciri-ciri aliran ini ialah berpendapat Islam sejak dari awal lagi adalah sistem demokrasi. Apa jua sistem pemerintahan yang tidak berpegang kepada system-sistem demokrasi dianggap sebagai tidak Islamik. Laporan/kajian telah memegang kata-kata dari salah seorang penyelidik daripada kalangan aliran ini : “Kerajaan Arab Saudi bukanlah kerajaan yang berdasarkan system Islam, kerana ia merupakan system beraja walaupun perlembagaannya adalah al-Qurannulkarim”.
3. Golongan/Aliran Tradisional Sederhana.
-Golongan/aliran ini dimaksudkan adalah berkefahaman Tradisionalis dan Sufi. Laporan/kajian menggariskan bahawa individu dan kelompok didalam aliran ini terlalu mengagungkan (mensucikan) para wali seperti bersolat dan bermohon hajat di kubur-kubur, yang mana amalan ini bercanggah dengan yang dilabelkan dakwah Wahabi. Golongan ini juga cenderung (taqlid) untuk berpegang kepada mazhab dan tasawuf serta tidak berijtihad. Maka didalam hal ini, laporan/kajian menyarankan bahawa aliran tradisional dan sufi ini hendaklah dipergunakan untuk menghadapi aliran Salafi. Laporan menegaskan antara yang mendatangkan keuntungan kepada pihak Barat ialah mewujudkan tapak kesefahaman dengan aliran sufi dan tradisional demi menghalang aliran-aliran (gerakan) Islam yang lain.
“..Sekalipun golongan-golongan Islam yang lain lebih berkesan dengan usaha jangka pendek mereka membendung aliran-aliran jihad daripada melakukan aktiviti keganasan (ini adalah idea yang disangsikan sejak awal lagi), namun pengiktirafan resmi dan sokongan terhadap aliran Islam ini akan meningkatkan kepercayaan terhadap mereka. Dengan itu mereka berupaya menjalankan dakwah dengan lebih berkesan. Dari sudut jangka panjang, Gerakan Salafi berpotensi besar untuk tersebar dikalangan masyarakat..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 77.
B. PENDIRIAN BARAT DALAM HAL MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN GERAKAN ISLAM
Dalam fasal ini, dibahaskan pula tentang manfaat yang diperolehi dalam Amerika menjalinkan dengan golongan dan aliran Islam yang disebutkan diatas tadi, supaya idea kesederhanaan (Moderat) tersebut dapat direalisasikan. Ini kerana laporan/kajian berpendapat ini adalah satu alternatif yang hakiki dan ampuh untuk mengambil alih teraju pemerintahan daripada kerajaan yang berkuasa, dalam masa yang sama golongan dan aliran tersebut memainkan isu hak-hak kemanusian (wanita dan agama), dan dalam masa yang sama dapat membendung dan menyerang sikap ekstrimis.
C. DEFINASI ISLAM MENURUT PERSPEKTIF LAPORAN/KAJIAN RAND
Pentakrifan yang paling sempit (jumud) tetapi sangat menguntungkan untuk diberikan kepada individu yang berfahaman Islam, ialah setiap orang yang menolak adanya pemisahan antara kekuasaan agama dan kekuasaan negara. Pendokong Islam akan berusaha untuk menegakkan salah satu kerangka negara Islam, atau sekurang-kurangnya menyeru supaya diperakui syariat Islam sebagai asas perundangan satu-satu negara itu. Manakala golongan yang menolak persepakatan dengan aliran islam itu berpendapat ada tiga sebab mereka tidak boleh menjalinkan kerjasama dengan gerakan-gerakan Islam. Antaranya :
1. Kesangsian tentang tranformasi demokrasi dikalangan penyokong gerakan Islam, adakah ia merupakan tranformasi taktikal atau strategi ?
2. Menyokong gerakan Islam akan menyebabkan gerakan itu mendapat lebih kepercayaan dan membantu penyebaran dakwah mereka. Risiko daripada sokongan ini pada masa depan amat berat.
3. Sokongan terhadap pendokong gerakan Islam akan mengakibatkan aliran sekular bertambah lemah. Seterusnya kemampuan aliran sekular untuk membendung kemaraan aliran dan gerakan Islam akan bertambah kurang.
Laporan/kajian menolak secara keseluruhan idea-idea menjalinkan kerjasama dengan gerakan-gerakan Islam yang mempunyai halatuju kepelbagaian. Namun laporan/kajian berpendapat walaupun Barat tidak membantu dan menyokong golongan pendokong aliran Islam, tidak bererti barat menolak untuk berdialog dengan golongan yang berfahaman sederhana didalam kalangan mereka itu. Diaolog itu sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang persepsi setiap kelompok dikalangan mereka dan sebagai usaha memujuk para pendokong gerakan Islam agar menerima persepsi Amerika, atupun sebagai membantutkan pertentangan dengan golongan ini, disamping juga menanti peluang yang terbaik kelak (seperti yang disebutkan didalam laporan/kajian ini pada banyak tempat). Sesungguhnya golongan atau aliran yang wajib diberikan bantuan dan sokongan adalah kepada aliran liberal dan moderat.
Dalam masa yang sama, didalam laporan/kajian ini turut menyerang dan mengejek sesetengah negara-negara Eropah yang menjalinkan kerjasama dengan beberapa pertubuhan Islam. Ini disebutkan sebagai kesilapan strategi oleh negara yang terbabit itu. Kesilapan tersebut yang dilakukan oleh negara-negara tersebut ialah apabila mereka mengiktiraf dan berkerjasama dengan sebahagian aliran Islam di Eropah. Laporan/kajian menegaskan, bahawa tidak perlu untuk memberikan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan atau aliran Islam jika tidak menguntungkan kepada idea pembentukan kesederhanaan itu.
“..Sesetengah kerajaan di Eropah, bersedia untuk mengiktiraf dan menyokong golongan Islam, walaupun dalam sesetengah keadaan sokongan ini sebenarnya berpunca daripada ketidakupayaan untuk membezakan antara golongan aliran Islam dengan golongan Islam liberal. Sokongan ini bukanlah didorong oleh sesuatu polisi secara spesifik..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 76.
D. MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN KESEDERHANAAN (MODERAT)
Laporan/kajian menyatakan cara-cara untuk menyampaikan bantuan kewangan dan pengurusan kepada individu dan pertubuhan aliran terpilih, yang akan menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam mewujudkan dan merealisasikan strategi rangkaian dari kalangan ummat Islam sendiri untuk menentang gerakan-gerakan Islam. Dalam bahagian ini, laporan/kajian membincangkan bagaimana kerjasama tersebut dapat dijalinkan disamping ada kemungkinan, mereka yang berkerjasama itu akan dituduh sebagai agen Amerika dan tidak memberikan taat setia kepada ummat Islam. Ia seperti yang pernah berlaku kepada kem Timur yang membantu Amerika Syarikat ketika Perang Dingin dahulu.
“..Dalam kepelbagaian pertarungan, tidak ada senjata atau strategi yang sempurna. Inilah yang menjadikan tercetusnya pertarungan. Para musuh saling menghadapi antara satu sama lain. Setiap pihak akan berusaha untuk membongkar dan mengeksploitasikan kelemahan senjata dan strategi musuh atau pihak lawan. Dalam pertarungan-pertarungan ini, golongan ekstrimis menghadapi berbagai bahaya dan tribulasi. Demikianlah juga yang dihadapi oleh golongan Moderat. Apakah akan terjadi usaha untuk menjatuhkan golongan sederhana dengan alasan mereka menjadi alat kepada Barat ?. Jawapannya ya, memang tepat sekali. Sebagaimana halnya yang terjadi kepada golongan militant yang pada pandangan umum ummat Islam, mereka dipandang buruk kerana menggunakan taktik keganasan serta mempunyai pandangan yang melampau dan terpencil daripada Islam..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 78.
Laporan/kajian cenderung untuk memperakui bahawa tercemarnya nama baik mereka yang telah berkerjasama dengan Amerika, dan itu tidak dapat dielakkan. Ia adalah harga yang terpaksa dibayar oleh mana-mana individu dan pertubuhan apabila berkerjasama dengan Amerika. Mereka terpaksa dijadikan korban, dan ia merupakan perngorbanan yang rasional dalam usaha mencapai kemenangan dalanm menghadapi gerakan dan aliran Islam. Laporan/kajian menyebutkan juga bahawa perlu difokuskan kepada imej-imej yang besar, dan bukannya perkara dan serpihan yang kecil.
“..Apabila kita mengimbaukembali kepada kes yang sama dalam Perang Dingin dahulu, maka kita dapati mereka yang menentang komunis telah dipenjarakan dan dibicarakan. Adakalanya mereka dibunuh. Golongan Kapitalis dan Komunis menganggap para penentang mereka tidak ubah seperti anak patung. Julukan yang biasa dikenali bagi golongan penentang pada masa itu ialah “ Anjing Penjajah”. Ia sebenarnya adalah perkara yang lumrah dalam pertarungan ideologi..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 79.
Seterusnya laporan/kajian mengingatkan, bahawa golongan yang berkerjasama dengan Amerika hendaklah memahami segala bantuan dalam mewujudkan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderat) menurut kefahaman dan acuan Amerika , bukanlah satu kerja yang mudah. Mereka itu akan terdedah kepada banyak serangan dan gangguan dan hal itu merupakan cukai yang peril dibayar dalam menjayakan projek itu.
E. SEKUTU DAN RAKAN PROJEK
Setelah disebutkan dan digariskan secara spesifik golongan yang dicadangkan dan terpilih dalam kerjasama demi membentuk rangkaian golongan ummat Islam yang menentang gerakan dan aliran Islam dari dalam, maka didalam fasa ini disebutkan pula siapakah individu dan kumpulan yang penting dan diberikan perhatian (sebagai agen menjayakan rancangan Amerika). Individu dan kumpulan tersebut ialah :
1. Para individu dan perkumpulan dari kalangan beraliran akademik yang berpegang kepada fahaman liberal dan sekular. Laporan/kajian menyatakan bahawa idea liberalisasi jelas terdapat pada kalangan ahli-ahli akademik dan para pemikir di pusat-pusat penyelidikan. Individu dan kumpulan ini perlu dimanfaatkan untuk menyokong strategi Amerika. Mereka adalah salah satu pembantu utama dalam projek Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate) ini.
2. Para pendakwah baru yang bersikap sederhana. Walaupun didalam banyak tempat (laporan/kajian memberikan amaran tentang bahaya berinteraksi dengan mana-mana pihak dalam aliran Islam), namun didalam konteks ini laporan/kajian menyarankan supaya bantuan dan sokongan hendaklah diberikan kepada golongan yang dinamakan sebagai Pendakwah-Pendakwah Muda (bersikap sederhana). Laporan/kajian berpendapat walaupun gerakan aliran sekular dan liberal tidak dapat disebarkan melalui masjid-masjid, maka para pendakwah muda itu akan dipergunakan didalam menjayakan idea kesederhanaan itu. Laporan/kajian menegaskan bahawa betapa perlunya mereka itu beriltizam dengan prinsip-prinsip kesederhanaan sebagaimanayang digariskan oleh laporan/kajian RAND itu dan bukan kesederhanaan menurut neraca atau kehendak yang sebenar (al-Quran dan as-Sunnah).
3. Para pemimpin dan rakyat. Laporan/kajian menegaskan bahawa para pemimpin sekular akan berhadapan dengan asakan kuat daripada aliran gerakan Islam, jika mereka mengisytiharkan persetujuan untuk menerima idea kesederhanaan acuan Amerika dan hal itu akan menyebabkan terbitnya kelak pelbagai fatwa yang menentang pendirian tersebut. Oleh kerana itu para pemimpin itu perlu mendapat sokongan dan bantuan yang kuat daripada Amerika Syarikat serta yayasan dan pertubuhan sosial yang ada hubungkait dengan strategi Amerika didalam rantau Dunia Islam.
4. Kelompok atau pertubuhan wanita. Laporan/kajian menyarankan supaya diambil manfaat daripada kelompok dan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam masyarakat Islam, terutamanya pertubuhan yang memperjuangkan persamaan gender. Betapa perlunya golongan wanita dan termasuk juga golongan agama minoriti diberikan perhatian, kerana mereka ini akan lebih banyak menerima kemudaratan apabila syariat Islam akan dilaksanakan sepenuhnya. Oleh itu kumpulan ini (wanita) adalah golongan yang penting dalam rangkaian pertubuhan berfahaman sederhana tersebut.
5. Para wartawan, penulis dan pengamal media. Laporan menyebutkan : “Untuk menyempurnakan pemantulan kecenderungan ekstrimis dalam media massa Islam, maka adalah penting program televisyen dan penyiaran tempatan diberikan sokongan. Demikian juga laman-laman web dan sumber hebahan yang bukan bercorak tradisional”. Laporan/kajian mengambil berat penggunaan internet dalam membentuk rangkaian-rangkaian yang menentang aliran Islam. Dalam hal ini para wartawan dan penulis sekular hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin sepenuhnya.
F. KEUTAMAAN –KEUTAMAAN YANG PRAKTIKAL
Laporan/kajian menggariskan beberpa keutamaan dari sudut program-program yang dijalankan secara praktikal untuk menyumbang kearah Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderat) dalam jangka masa yang cepat dan tepat. Antara program tersebut ialah dinamakan “Pengajaran (pendidikan) Demokrasi”. Program ini menumpukan usahanya menentang fenomena sekolah-sekolah agama dan silibus-silibus pengajian yang menumpukan kepada ajaran agama Islam. Laporan/kajian menyarankan dalam usaha menghadapi golongan-golongan Islam maka hendaklah dipergunakan dalam mereka (Islam) sendiri. Laporan/kajian turut menyebutkan ekspirimen yang telah dilakukan di negara-negara Asia pada masa kini sebagai model untuk mencapai objektif. Sebagai contoh di negara Indonesia sebagaimana aliran liberal berupaya membentuk kader-kader yang menggerakkan pemikiran dan penghebahan dalam usaha memberikan perkhidmatan kepada isu yang berkaitan dengan golongan yang berkefahaman sederhana (Moderat) menurut acuan Amerika.
Ekoran daripada itu, laporan/kajian berpendapat penumpuan kepada rantau Timur Tengah sahaja, merupakan strategi yang kurang tepat pada period yang akan datang. Ini kerana Dunia Arab merupakan pusat kekuatan bagi aliran-aliran yang berpegang dengan Islam. Projek Amerika ini lebih sesuai ditumpukan kepada negara-negara pinggiran, bukannya negara-negara pusat.
“..Walaupun banyak inisiatif Barat yang dijalankan bagi menjalankan kerjasama dengan orang-orang Islam ditumpukan kepada rantau Timur Tengah, akan tetapi kami melihat Timur Tengah dan secara spesifiknya ialah Dunia Arab merupakan bumi yang kurang subur untuk mewujudkan rangkaian-rangkaian golongan sederhana (Moderat) dan penubuhan pelbagai pertubuhan jika dibandingkan dengan rantau lain di Dunia Islam..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 85.
Para penyedia laporan/kajian meringkaskan pada akhir fasal kelima ini, bahawa strategi pewujudan rangkaian yang menentang aliran-aliran Islam iaitu dari golongan sederhana (Moderat) mestilah disandarkan kepada dua paksi utama :
1). Menjalinkan kerjasama dengan golongan sederhana (Moderat) daripada kalangan kumpulan-kumpulan sekular di negara-negara pinggir (bukan arab) atau di negara-negara yang boleh bergerak bebas didalamnya.
2). Menukar cara berfikir dengan menjadikan apa yang ada pada negara-negara pinggir (bukan arab) sama seperti negara-negara pusat (Arab).
Dalam konteks ini, laporan/kajian menyarankan supaya umat Islam di Barat dipergunakan untuk tujuan kempen kea rah kesederhanaan menurut acuan Amerika. Juga disebutkan hendaklah difokuskan penggunaan Asia (Asia Tenggara) sebagai lawan kepada Timur Tengah, atau dengan kata lain bukan Arab sebagai lawan Arab. Segala kerja berkaitan permikiran sederhana (Moderat) itu hendaklah diasaskan dari negara-negara itu (Asia Tenggara), kemudian diterjemahkan dan disebarkan ke negara-negara Arab pula.
“..Faktor asas yang mendorong persepsi kami adalah berdasarkan kepada dua paksi, iaitu ; Pertama : Usaha hendaklah dijalankan bersama golongan Islam sederhana (Moderat) di negara-negara yang persekitarannya agak positif bagi bagi mengembangkan Rangkaian Pembentukan Muslim Sederhana (Moderat) yang dapat bertindak dengan berkesan serta dapat mewujudkan pelbagai pertubuhan yang bermatlamat memberikan kekuatan kepada masyarakat-masyarakatnya dalam menghadapi lambakan aliran Salafi yang ekstrim terhadap agama Islam serta terbit daripada rantau Timur Tengah. Paksi yang kedua pula ialah mewujudkan saluran-saluran yang menyiarkan hebahan-hebahan yang menggalakan penyiaran tafsiran-tafsiran Islam yang bersifat sederhana (Moderat) dan umum ke rantau Timur Tengah yang mana tafsiran-tafsiran itu datangnya daripada umat Islam sederhana (Moderat) di rantau-rantau yang lain..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 85.
Akhir-akhir kini telah ditubuhkan satu pertubuhan yang bernama Libforall di Amerika. Matlamat penubuhan pertubuhan itu ialah sebagai pusat penterjemahan buku-buku dan artikel-artikel yang memuatkan fahaman liberal yang ditunjangi sekumpulan pemikir dari Indonesia. Buku dan artikel itu diterjemahkan kedalam bahasa Arab dan Inggeris, dan disebarkan melaui internet. Selain itu juga, ia diterbitkan dalam bentuk buku bagi mereka yang berminat dengannya.
“..Apabila idea-idea sederhana (Moderat) disebarkan, maka adalah penting para pemikir Islam dari Barat dan Asia Tenggara ditonjolkan ke segenap pelosok rantau negara Islam. Segala hasil usaha mereka hendaklah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris dan Arab..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 78.
-----------------------------------------------------------------

- Bersambung ke FASAL KEENAM -