بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Ahad, 16 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KEEMPAT

FASAL KEEMPAT : USAHA AMERIKA SYARIKAT MEMINIMUMKAN GELOMBANG KEGANASAN.

Didalam fasal ini, laporan/kajian memfokuskan penilaian terhadap usaha-usaha membendung keganasan yang pernah dijalankan oleh Amerika Syarikat pada tahun-tahun kebelakangan. Para penyedia laporan/kajian itu berpendapat Amerika telah melakukan kesilapan apabila ia mezahirkan sebahagian sokongan kepada beberapa buah gerakan Islam yang mendakwa berfahaman sederhana. Namun tidak lama setelah itu tertyata bahawa mereka mempunyai sikap yang lain serta memusuhi kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat. Walhal gerakan-gerakan itu bukanlah berfahaman sederhana seperti yang dikehendaki oleh Amerika. Sebagai contohnya, Parti Keadilan dan Pembangunan di Morocco dan Barisan Amal Islam di Jordan.

Seterusnya laporan/kajian menyatakan tentang usaha-usaha yang dilakukan pada tahun-tahun kebelakangan iaitu seruan kea rah demokrasi di Dunia Islam dan Arab. Seruan kea rah demokrasi ini telah menyebabkan kerugian sebenar kepada Amerika. Ini kerana hasil perlaksaan demokrasi tersebut telah menyebabkan golongan Islam mendapat kuasa, walhal ini bercanggah dengan kepentingan strategi Amerika seperti yang dilihat oleh laporan/kajian terbabit. 

Petikan dibawah ini jelas membayangkan bahawa cara berfikir Amerika Syarikat, iaitu demokrasi hanya digalakkan jika ia memang berupaya menjayakan matlamat strategi Amerika. Manakala seruan kearah demokrasi sebagai satu contoh daripada Barat untuk mengendalikan urusan masyarakat (untuk dipraktikan di negara-negara Islam), maka dari sudut pengalamannya ia berada pada ranking yang terakhir. Natijahnya, seruan itu juga (ke arah demokrasi) kerap diperkatakan oleh para pemikir Islam dan Arab, dan telah menyebabkan rmai dikalangan mereka menjadi mangsa kepada pelbagai konspirasi.

“.. Operasi untuk meliberalisasikan demokrasi boleh menyebabkan natijah pilihanraya yang tidak liberal, sebagaimana yang nampak jelas melalui kemenangan gerakan Islam yang bersifat menentang, iaitu Hamas di bumi Palestin. Keadaan disana meningkatkan kebimbangan bahawa system-sistem authoritarian secular menghadapi tekanan supaya membuka ruang perkongsian politik jika terdapat ancaman daripada gerakan Islam yang melampau, yang berkemungkinan akan merubah system-sistem ini..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 45 .

Didalam laporan/kajian ini juga membahaskan peranan yang panjang lebar tentang peranan kewangan yang perlu dimainkan oleh Amerika dalam usaha menyokong sebahagian pertubuhan awam di Dunia Islam demi menjayakan transformasi pemikiran “kesederhanaan” acuan Amerika itu. Disebutkan betapa perlunya Amerika mencampuri urusan negara-negara Arab dan Islam, yang mana terdapat pertubuhan dan yayasan yang mendapat sokongan kewangan dan penyusunan daripada Amerika walaupun kaedah itu jelas dianggap sebagai pencabulan terhadap ketuanan sesbuah negara keatas tanah air dan yayasan-yayasan yang terdapat didalamnya. Namun laporan/kajian menegaskan bahawa perihal pencabulan tersebut tidak perlu dihiraukan dan diambil peduli, demi menjayakan strategi Amerika di rantau yang terbabit.

“.. Akhirnya oleh kerana program menyebarkan demokrasi selalunya dijayakan melalui kontrak-kontrak yang berhubungkait dengan bantuan oleh Amerika (USAID), maka cara tradisional ini dalam menggalakkan demokrasi di negara-negara kaya seperti Kuwait dan Arab Saudi (yang tidak merima bantuan kewangan Amerika) menjadi agak terbatas. Disebabkan program penyebaran demokrasi dengan cara yang biasa dilakukan di negara-negara tersbut mendatangkan kesan dan impak yang agak terbatas, maka beberapa projek seperti Inisiatif Politik Timur Tengah (MEPI) telah direka bagi mengisi kekosongan terbabit iaitu dengan cara mencampuri urusan dalaman negara-negara terbabit, dana melalui seruan kearah penyusunan program-program yang bersifat tempatan..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 48 .

Laporan/kajian juga membincangkan perihal sokongan kewangan yang tidak sampai ke Rantau Teluk. Ini kerana Rantau Teluk tidak memerlukan bantuan yang datang dari luar. Seterusnya ini menyebabkan kesukaran untuk mempengaruhi cara berfikir di rantau terbabit. Oleh kerana itu, maka Amerika telah mengumumkan beberapa inisiatif yang direka khas bagi mengatasi masalah ini. Matlamat disebalik inisiatif tersebut ialah memastikan mereka dapat mencampuri segala urusan secara langsung dalam urusan negara-negara terbabit. Segala apa sahaja sitem yang berjalan di negara-negara terbabit hendaklah dikuasai demi menjayakan program Sekularisasi, Liberalisasi dan Demokrasi yang merupakan perancangan induk Amerika bagi mengubah keadaan di rantau terbabit. 

Seterusnya laporan/kajian membentangkan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Amerika melalui penyebaran liberalisasi dan demokrasi di rantau Dunia Islam yang lain seperti di Indonesia. Indonesia dianggap sebagai satu contoh yang penting dan perlu dikaji serta diambil manfaat daripadanya. Kepentingan menyalurkan melalui pendidikan digunakan dalam memperolehi keuntungan di pihak Amerika, kerana dengan alasan projek-projek pendidikan akan mendapat perkenan dari pihak luar.

Disebutkan oleh laporan/kajian dalam fasal ini juga, adalah kepentingan bagi Amerika memberikan pembiayaan dan bantuan kemanusian keatas Timur Tengah dan Dunia Islam. Diantaranya yang dinamakan program Dakwah Sekular (Denis Ross). Program ini sebenarnya, bahawa aliran-aliran sekular hendaklah menghulurkan perkhidmatan bantuan dan kebajikan yang pernah dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam . Ini supaya jangan dibiarkan mana-mana pertubuhan kebajikan Islam mampu mempengaruhi masyarakat awam melalui program-program kebajikan dan bantuan yang dihulurkan. 

Manakala dalam bidang penyiaran dan hebahan, laporan menyebutkan bahawa usaha-usaha yang dijalankan setakat itu masih belum mencukupi. Dengan kata lain ia tidak memberikan kesan atau pulangan yang besar.

Laporan/kajian menyatakan bahawa Kementerian Luar Amerika telah mewujudkan unit media secara khusus yang dinamakan dengan Unit Tindakan Balas Pantas ( Rapid Pesponse Unit – RRU), berperanan khusus dalam soal membuat pengawasan terhadap media-media massa Arab termasuk laman-laman webnya dan juga melaporkan kepada pentadbiran Amerika Syarikat. Ia juga berperanan mempastikan pandangan dan doktrin Amerika dapat sampai kepada masyarakat di negara-negara Islam khususnya rantau Arab. Kelebihan unit ini adalah mempunyai kebesasan dalam segenap arena dan masa tanpa merujuk kepada mana-mana pihak dalam Kementerian Luar Amerika. Tujuannya ialah untuk memberikan ruang kepada unit tersebut bertindak pantas dalam mengambil keputusan dan menyatakan pendirian.

Laporan/kajian juga menjelaskan bahawa Kementerian Luar Amerika berperanan menyediakan pengkalan data yang memuatkan butiran tentang personaliti agama dan ilmu pengetahuan penting yang berupaya mempengaruhi rantau Islam. Pengkalan data ini dikenali dengan nama Pengakalan Data Tokoh-Tokoh Berpengaruh atau disebut "Key Influencers". Namun laporan/kajian tidak pula menyatakan tujuan disebalik pewujudan pengkalan data tersebut dan bagaimana di pergunakan oleh pihak mereka.

Pada akhir laporan/kajian didalam fasal ini, dikemukakan penilaian khusus hasil daripada Projek Saluran Penyiaran Bebas dan Stesen Penyiaran Radio Sawa. Laporan/kajian berpendapat kedua-dua projek itu gagal dalam mendapatkan hasil yang diharapkan. Laporan/kajian berpendapat peruntukan kewangan bagi menjalankan kedua-dua projek itu pada tahun 2001 sebanyak USD 671.9 juta dengan ditambah sebanyak USD 50 juta yang lain sebagai peruntukan berjaga-jaga jika berlaku kegawatan adalah pembaziran duit Amerika. Wang tersebut boleh dibelanjakan dengan lebih baik melalui beberapa program yang lain.

................................................

- Bersambung ke FASAL KELIMA -