بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Sabtu, 15 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KETIGA

FASAL KETIGA : PERBANDINGAN ANTARA PENGALAMAN PERANG DINGIN DENGAN CABARAN DUNIA ISLAM HARI INI 

Melalui fasal pertama dan kedua didalam laporan/kajian tersebut, didalam fasal yang ketiga ini dinyatakan pula perbandingan aspek-aspek persamaan antara era Perang Dingin dengan perbalahan yang terjadi pada masa kini di Dunia Islam. Jelasnya, perbandingan yang dikemukan membayangkan bahawa Amerika sedang memasuki era peperangan yang baru dan musuh yang baru, iaitu aliran-aliran Islam. 

Fasal ketiga ini menjelaskan aspek-aspek persamaan Perang Dingin dengan Dunia Islam adalah seperti berikut, secara ringkasnya : 

1). Tercetusnya krisis geopolitik yang menggugat keamanan dan menjadi ancaman dari sudut ketenteraan dan strategi terhadap kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat.

2). Pewujudan kelengkapan yang besar bagi pentadbiran Amerika untuk mengatasi krisis ini.

3). Perbalahan yang terjadi adalah dari sudut pemikiran, bukannya dari sudut ekonomi dan ketenteraan semata-mata.

Laporan/kajian berusaha supaya para masyarakat dunia menerima bahawa peristiwa 11 September 2001 itu merupakan bahaya yang sebenar, dan disebabkan peristiwa tersebut Amerika memainkan slogan untuk menuju dan menjaga keamanan sejagat. 

Dalam fasal ini, laporan/kajian turut menyentuh tentang tahap pemikiran yang tinggi dikalangan komuniti Muslim. Komuniti Muslim seolah-olah berbeza daripada sekalian komuniti di bumi. Pertimbangan subjektif perlu dilakukan terhadap komuniti Muslim sebelum mengambil tindakan susulan untuk menyusun atur kemajuan dan peradabannya. Adalah dilihat bahawa tahap pemikiran dikalangan komuniti Muslim itu meupakan sesuatu yang samar dikalangan dunia Barat berdasarkan beberapa petunjuk yang diperolehi. Laporan/kajian juga menyentuh betapa pentingnya membuka banyak topic untuk dibahaskan berkaitan tahap pemikiran komuniti Muslim

“..Dunia Islam sangat memerlukan tradisi kritikan diri, muhasabah diri, dan membuat penilaian terhadap diri. Semua ini memerlukan perolehan dan penilaian terhadap maklumat-maklumat yang dipercayai. Matlamat untuk menjalankan usaha mempengaruhi iklim berfikir di Dunia Islam ternyata persoalan yang kompleks (rumit). Keadaan ini memerlukan penghayatan terhadap pelbagai elemen untuk ditangani. Namun ia tidaklah berbeza daripada usaha-usaha yang pernah dijalankan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Kita pernah menjalankan usaha memperbanyakkan maklumat yang boleh mempengaruhi persepsi umum. Demikianlah di Dunia Islam perlu ada ruang untuk perdebatan. Amerika pernah berjaya menzahirkan bahawa sesetengah pandangan boleh diterima perbezaan pendapat tentangnya. Masalahnya, bukanlah perkara ini tidak dapat dilakukan sekali lagi, akan tetapi masalah sebenarnya ialah kita tidak berusaha untuk melakukannya..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 38 .

Fasal ini diakhiri dengan penegasan tentang dilema yang dihadapi oleh pentadbiran Amerika dalam berinteraksi dengan Dunia Islam. Dilema itu tersembunyi di sebalik masalah-masalah keselamatan yang boleh dikaitkan dengan seruan kea rah demokrasi di Dunia Islam. Laporan/kajian membayangkan bahawa strategi Amerika di Dunia Islam pada era seterusnya hendaklah menghindarkan daripada memberikan sokongan demokrasi sebenar-benarnya. Ini kerana ia tidak memihak kepada keselamatan Amerika Syarikat secara keseluruhannya.

.................................................

- Bersambung ke FASAL KEEMPAT -