بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Sabtu, 15 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KEDUA

FASAL KEDUA : PENGALAMAN PERANG DINGIN. 
Fasal ini pula menerangkan bagaimana penentangan terhadap Kesatuan Soviet, yang pada asalnya adalah pertentangan ekonomi dan ketenteraan yang kemudiannya bertukar menjadi pertentangan ideologi pada kelas pertama. Laporan/kajian menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sejak dari awal telah menyedari bahawa peperangan masa kini sebenarnya adalah peperangan pemikiran. Lantaran itu Amerika berusaha merencanakan strategi pemikiran menyeluruh dalam berinteraksi dengan ancaman bahaya Komunis ketika itu. 

Dalam beberapa perenggan laporan/kajian itu, disebutkan bagaimana peraturan dan kaedahnya yang pernah diamalkan dahulu telah diubah demi mempastikan matlamat mereka menjadi kenyataan. Laporan/kajian menghuraikan secara terperinci bagaimana kemenangan pemikiran itu berjaya direalisasikan semasa Perang Dingin, peranan sokongan Amerika bagi menggalakan perubahan pemikiran di Eropah Timur, penggunaan pelarian daripada kem kententeraan Timur untuk menghentam Komunis dan ideologinya melalui media, penerbitan dan penyiaran. 


Laporan/kajian juga menitik beratkan penjelasan tentang peperangan politik dan kepentingan menggunakan peperangan peperangan itu berserta mekanismanya demi mencapai kemenangan dengan menggunakan dan memfokuskan kepada ahli-ahli pemikiran, media massa, pertubuhan-pertubuhan dan para pelajar serta masyarakat awam ketika itu, 1945-1951 .

“..Orang Amerika telah mempergunakan Orang Itali untuk menjayakan kempen penulisan surat kepada kaum kerabat mereka di Itali untuk menyeru mereka supaya menyokong parti-parti bukan Komunis. Secara rahsia, Agen Perisikan Pusat telah melancarkan kempen propaganda serta percambahan berita dan maklumat kepada akhbar-akhbar yang menyokong pihak Barat disana..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 10 .

“..George Mendin, presiden Percetakan Bebas di Eropah, telah mewujudkan satu program penghantaran buku-buku melalui pos ke negara-negara Eropah Timur. Melalui usaha itu, banyak bahan informasi berkaitan “Kefahaman Kerohanian Bagi Barat” telah diedarkan. Mendin juga menghindarkan buku-buku kepolitikan daripada termasuk dalam senarai buku-buku pilihan yang untuk diedarkan itu. Sebagai gantinya, buku-buku yang berkaitan dengan ilmu psikologi, sastera, pementasan dan kesenian dihantar kepada pemikir dan golongan intelek di Eropah Timur..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 17 .

Diantara penyumbang kejayaan peperangan pemikiran tersebut, dengan adanya penglibatan dari pihak Britain. Britain juga menyumbang beberapa program dan perancangan dalam usaha melancarkan serangan pemikiran keatas blok-blok ketenteraan Komunis. Laporan/kajian menyebutkan bahawa Bahagian Penyelidikan Maklumat Pemikiran (IRD) yang ditubuhkan oleh kerajaan Britain pada 1947 itu adalah ibarat Jabatan Rahsia didalam Kementerian Luar. IRD berperanan mengendalikan segala propaganda Britain semasa Perang Dingin. Laporan/kajian juga menyebutkan bagaimana para pemikir Britain dipergunakan untuk tujuan menghadapi ideologi Komunis itu sebagai salah satu bidang kerja jabatan tersebut tanpa menonjolkan golongan pemikir itu terlibat dengan Jabatan Rahsia.

“.. Pejabat IRD sangat mengambil berat tentang personaliti-personaliti daripada Britain dalam kalangan ahli-ahli agama, pimpinan buruh, wartawan dan pemikir. Setiap individu dalam kelompok tersebut telah dibekalkan secara rahsia maklumat asas berkaitan Komunis dan kehidupan di Kesatuan Soviet. Ia merupakan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sumber yang umum, disamping sumber perisikan British. Dengan maklumat itu individu-individu tersebut berupaya untuk berbicara laksana seorang yang mahir dalam topic tersebut. Personaliti-personaliti tidak rasmi ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam penyebaran propaganda menentang Komunis tanpa perlu tampil ke hadapan. Seolah-olahnya personaliti-personaliti ini mendapat apa jua bentuk sokongan daripada kerajaan British..” - Pembentukan Rangkaian Muslim Sederhana (Moderate), Yayayan RAND, halaman 29 .

Pada akhir laporan/kajian dalam fasal kedua itu, dibentangkan bagaimana kejayaan yang diperolehi melalui usaha-usaha tersebut pada masa itu. Adalah kejayaan itu diperolehi hasil gabungan antara strategi yang disatukan dan dieksploitasi terhadap situasi di kawasan yang terbabit. Pertentangan pemikiran mempunyai ciri yang menyerang dan bukannya bertahan. Alhasilnya kejayaan itu dapat dilihat setelah selesainya Perang Dingin ketika itu, dan berjayanya Amerika ialah dengan memiliki secukupnya orang-orang yang berkerja bagi pihaknya tanpa sebarang keterikatan yang ada sebahagian umumnya tidak disedari sendiri oleh masyarakat ketika itu.

......................................................

- Bersambung ke FASAL KETIGA -