بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Khamis, 27 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KEENAM

FASAL KEENAM : EROPAH, PEMBANTU DALAM RANGKAIAN PEMBENTUKAN RANGKAIAN MUSLIM SEDERHANA (MODERAT)

Didalam fasal keenam ini, laporan/kajian menyatakan sekurang-kurangnya di Eropah Barat sahaja telah terdapat lebih kurang 15 juta ummat Islam disana. Diantaranya :

1). Perancis – lebih 4 juta hingga 6 juta ummat Islam.
2). Jerman – lebih 3 juta ummat Islam.
3). England – lebih 1.5 juta ummat Islam.
4). Sepanyol – lebih 1 juta ummat Islam.
5). Belanda – hampir 1 juta ummat Islam.

Dalam usaha menjadikan kekuatan pemikiran ummat Islam Eropah lebih menyerlah, maka laporan/kajian menyebutkan tentang bancian yang disebut secara sepintas lalu, iaitu pada tahun 2004 bilangan buku-buku berbahasa Arab yang telah disebarkan di Britain dan Perancis adalah lebih banyak daripada keseluruhan buku-buku berbahasa Arab yang disebarkan di Dunia Islam. Laporan/kajian mengkaji tentang kepelbagaian persepsi dalam mengungkap tentang Islam di Eropah dan melalui itu difokuskan kepada tiga aliran kefahaman yang utama. Aliran-aliran itu ialah : 

Rabu, 19 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KELIMA


FASAL KELIMA : PLAN RANCANGAN LALUAN PEMBENTUKAN RANGKAIAN SEDERHANA (MODERAT) DIKALANGAN DUNIA ISLAM.

Didalam fasal ini, penulis berharap para kaum muslimin agar meneliti secara mendalam untuk mengenalpasti hasil-hasil dari laporan/kajian tersebut. Laporan/kajian menegaskan diawal fasal kelima ini, bahawa langkah permulaan yang perlu diambil oleh Amerika dalam mewujudkan “Rangkaian Muslim Sederhana” tersembunyi di sebalik pentakrifan dan bancian terhadap kecenderungan ummat Islam. Kesukaran untuk mengenalpasti para golongan sederhana (Moderat) boleh diatasi dengan merujuk kepada hasil-hasil tulisan yang telah disediakan dan dijalankan melalui kajian-kajian silam yang telah dilakukan oleh sebahagian penyelidik di Yayasan RAND. Dengan cara itu ia boleh dipastikan dan dijadikan sebagai petunjuk siapakah sebenarnya golongan Islam sederhana (Moderat) itu. Melalui laporan/kajian didalam fasal ini, disebutkan cirri-ciri terpenting golongan Islam sederhana (Moderat) tersebut, iaitu :

Isnin, 17 Mac 2014

RINGKASAN ASAS ILMU USHUL AL-FIQH

-------------------------------------------
BAB 1- USHUL AL-FIQH
-------------------------------------------
DEFINISI
Ushul al-Fiqh boleh diberi pengertian daripada dua sudut : [1]

1. Sudut Pertama: Daripada sudut erti setiap satu daripada perkataan “ushul” dan “al-fiqh” secara berasingan.

- “Ushul” adalah jama‘ (plural/jamak) kepada perkataan “ashl” yang bermaksud dasar, asas atau punca yang dibina benda lain di atasnya. Contohnya : “ashl” bagi dinding ialah dasarnya. Contoh lain: “ashl” pokok ialah akar yang keluar darinya dahan-dahan. 

Firman Allah Ta'ala (Ibrahim 14:24), maksudnya : "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit".

- “al-Fiqh” dari sudut pengertian Bahasa Arab ialah : Kefahaman. 

Contohnya: Firman Allah Ta'ala (Taha 20:27-28), maksudnya : "Dan leraikanlah simpulan dari lidahku supaya mereka memahami kata-kataku".

- “al-Fiqh” dari sudut pengertian istilah ialah : Pengetahuan terhadap hukum-hukum Syara‘ yang bersangkutan dengan amalan, diambil dari dalil-dalil yang terperinci. 

Ahad, 16 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KEEMPAT

FASAL KEEMPAT : USAHA AMERIKA SYARIKAT MEMINIMUMKAN GELOMBANG KEGANASAN.

Didalam fasal ini, laporan/kajian memfokuskan penilaian terhadap usaha-usaha membendung keganasan yang pernah dijalankan oleh Amerika Syarikat pada tahun-tahun kebelakangan. Para penyedia laporan/kajian itu berpendapat Amerika telah melakukan kesilapan apabila ia mezahirkan sebahagian sokongan kepada beberapa buah gerakan Islam yang mendakwa berfahaman sederhana. Namun tidak lama setelah itu tertyata bahawa mereka mempunyai sikap yang lain serta memusuhi kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat. Walhal gerakan-gerakan itu bukanlah berfahaman sederhana seperti yang dikehendaki oleh Amerika. Sebagai contohnya, Parti Keadilan dan Pembangunan di Morocco dan Barisan Amal Islam di Jordan.

Seterusnya laporan/kajian menyatakan tentang usaha-usaha yang dilakukan pada tahun-tahun kebelakangan iaitu seruan kea rah demokrasi di Dunia Islam dan Arab. Seruan kea rah demokrasi ini telah menyebabkan kerugian sebenar kepada Amerika. Ini kerana hasil perlaksaan demokrasi tersebut telah menyebabkan golongan Islam mendapat kuasa, walhal ini bercanggah dengan kepentingan strategi Amerika seperti yang dilihat oleh laporan/kajian terbabit. 

Sabtu, 15 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KETIGA

FASAL KETIGA : PERBANDINGAN ANTARA PENGALAMAN PERANG DINGIN DENGAN CABARAN DUNIA ISLAM HARI INI 

Melalui fasal pertama dan kedua didalam laporan/kajian tersebut, didalam fasal yang ketiga ini dinyatakan pula perbandingan aspek-aspek persamaan antara era Perang Dingin dengan perbalahan yang terjadi pada masa kini di Dunia Islam. Jelasnya, perbandingan yang dikemukan membayangkan bahawa Amerika sedang memasuki era peperangan yang baru dan musuh yang baru, iaitu aliran-aliran Islam. 

Fasal ketiga ini menjelaskan aspek-aspek persamaan Perang Dingin dengan Dunia Islam adalah seperti berikut, secara ringkasnya : 

1). Tercetusnya krisis geopolitik yang menggugat keamanan dan menjadi ancaman dari sudut ketenteraan dan strategi terhadap kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat.

2). Pewujudan kelengkapan yang besar bagi pentadbiran Amerika untuk mengatasi krisis ini.

3). Perbalahan yang terjadi adalah dari sudut pemikiran, bukannya dari sudut ekonomi dan ketenteraan semata-mata.

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL KEDUA

FASAL KEDUA : PENGALAMAN PERANG DINGIN. 
Fasal ini pula menerangkan bagaimana penentangan terhadap Kesatuan Soviet, yang pada asalnya adalah pertentangan ekonomi dan ketenteraan yang kemudiannya bertukar menjadi pertentangan ideologi pada kelas pertama. Laporan/kajian menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sejak dari awal telah menyedari bahawa peperangan masa kini sebenarnya adalah peperangan pemikiran. Lantaran itu Amerika berusaha merencanakan strategi pemikiran menyeluruh dalam berinteraksi dengan ancaman bahaya Komunis ketika itu. 

Dalam beberapa perenggan laporan/kajian itu, disebutkan bagaimana peraturan dan kaedahnya yang pernah diamalkan dahulu telah diubah demi mempastikan matlamat mereka menjadi kenyataan. Laporan/kajian menghuraikan secara terperinci bagaimana kemenangan pemikiran itu berjaya direalisasikan semasa Perang Dingin, peranan sokongan Amerika bagi menggalakan perubahan pemikiran di Eropah Timur, penggunaan pelarian daripada kem kententeraan Timur untuk menghentam Komunis dan ideologinya melalui media, penerbitan dan penyiaran. 

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - FASAL PERTAMA

LAPORAN RAND : PEMBENTANGAN FASAL-FASAL PEMBENTUKAN RANGKAIAN UMAT ISLAM SEDERHANA (MODERATE).

FASAL PERTAMA : PENDAHULUAN
Didalam fasal pertama ini, disebutkan tentang realiti Dunia Islam yang berhubung dengan peranan masjid dikalangan politik pembangkang. Golongan Sekular tidak berupaya untuk menggunakan mimbar-mimbar masjid untuk memperkenalkan manhaj mereka. Laporan/kajian berpendapat gerakan Islam mempunyai kedudukan kewangan dan strategi yang tersusun. Kedua-dua hal inilah yang merupakan elemen yang penting dan berkesan didalam komuniti Islam.

Untuk membolehkan Barat mengubah keadaan ini berpihak kepada golongan Sekular yang memusuhi Islam, maka iktibar dari pengalaman Perang Dingin dahulu akan digunakan. Pada fasal-fasal seterusnya, laporan/kajian menunjukkan bagaimana Amerika menghadapi ideologi Komunis dan strategi itu boleh diguna pakai dalam membendung Islam. 

Isnin, 10 Mac 2014

PEMBONGKARAN : PERANCANGAN BARAT MENGEKANG ISLAM - SINOPSIS

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له  ،  ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن 
: محمدا عبده ورسوله، أما بعد 

PENGANTAR
Didalam sejarah ketamadunan manusia, selama lebih lapan kurung (kurun ke-7 hingga kurun ke-15) Islam telah berkembang dari kota suci Madinah dan Mekkah ke seluruh pelusuk dunia, membawa bersamanya nikmat keamanan ke seluruh alam serta memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Adalah satu hakikat bahawa perpecahan ummat Islam dan kelemahan yang timbul akibat perpecahan itu, akan diambil kesempatan oleh para musuh yang berada dalam masyarakat Islam dan ketua-ketua mereka yang berpusat di Barat untuk melemahkan lagi Islam serta penganutnya. Maka didalam penulisan ini, bakal didedahkan fakta-fakta bahawa Barat akan dan telahpun menggunakan pelbagai strategi licik dalam memperdayakan pemikiran umat Islam, antaranya golongan Orentalis yang mengkaji agama dan budaya Islam secara mendalam untuk mencari kelemahan ummat Islam. Sesungguhnya, Barat jelas berhasrat menyekat "Kemunculan atau kebangkitan semula Islam" dan komited untuk menghalang -gerakan-gerakan Islam yang muncul semula dengan membawa nilai-nilai ketamadunan agar kegemilangan Islam kembali menakluki.