بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)
Memaparkan catatan dengan label Manhaj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manhaj. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2013

MENGAPA PERLU BERMANHAJ SALAF AS-SOLEH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له  ،  ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد :




SIAPA SALAF AS-SOLEH

Salaf menurut bahasa ialah orang yang awal-awal, mula-mula atau yang terdahulu.[1] Atau pendahulu bagi suatu generasi.[2] Menurut Ibn Mansur:

"Salaf ialah sesiapa yang mendahului engkau seperti ibu bapa atau kaum kerabat yang lebih tua pada umur atau kedudukan".[3]

Kalimah salaf telah disebut di dalam al-Quran. Allah berfirman:

 فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلاً لِلاَخِرِيْنَ.
"Dan Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".   Zukhruf, 43:56.