بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)
Memaparkan catatan dengan label Fiqh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiqh. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

ANAK LUAR NIKAH : SEPUTAR HUKUM NIKAH, IDDAH, NASAB, HARTA, WALI DAN HAKNYA.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MENINJAU SEMULA HUKUM NIKAH, IDDAH DAN NASAB ANAK BAGI PENZINA
(HAFIZ FIRDAUS)
Sesuatu yang tidak dapat disembunyikan pada masa kini adalah banyaknya kes keterlanjuran antara pasangan lelaki dan wanita muslim yang belum berkahwin hingga menyebabkan mereka terjatuh ke dalam kancah perzinaan. Namun, alhamdulillah, dalam jumlah yang banyak tersebut terdapat mereka yang segera teringat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan keterlanjuran mereka dan ingin bertaubat. Pada waktu yang sama mereka ingin melangsungkan perkahwinan dengan orang yang mereka zinai dan meneruskan kehidupan berkeluarga dalam suasana yang halal. Di sini timbul beberapa persoalan hukum :

1) Bolehkah penzina bernikah?
2) Bolehkah bernikah dengan wanita yang sedang hamil kerana zina?
3) Bagaimana status anak yang lahir hasil dari zina?

Insya-Allah dalam risalah ini saya akan terangkan hukum bagi persoalan-persoalan di atas. Para ilmuan kita telah pun membuka perbincangan yang luas terhadap persoalan-persoalan di atas dan tidak kurang pula dalam perbincangan tersebut terdapat perbezaan pendapat yang saling menyilang. Di antara perbezaan itu ada yang masyhur kerana memiliki dalil yang kukuh dan ada yang asing kerana tidak memiliki dalil yang kukuh.

Dalam risalah ini saya akan menyertakan perbezaan pendapat tersebut bukan dengan cara menyebut nama tokoh atau mazhab yang berbeza pendapat, tetapi dengan cara mengemukakan dalil dan hujah bagi setiap pendapat.

Isnin, 17 Mac 2014

RINGKASAN ASAS ILMU USHUL AL-FIQH

-------------------------------------------
BAB 1- USHUL AL-FIQH
-------------------------------------------
DEFINISI
Ushul al-Fiqh boleh diberi pengertian daripada dua sudut : [1]

1. Sudut Pertama: Daripada sudut erti setiap satu daripada perkataan “ushul” dan “al-fiqh” secara berasingan.

- “Ushul” adalah jama‘ (plural/jamak) kepada perkataan “ashl” yang bermaksud dasar, asas atau punca yang dibina benda lain di atasnya. Contohnya : “ashl” bagi dinding ialah dasarnya. Contoh lain: “ashl” pokok ialah akar yang keluar darinya dahan-dahan. 

Firman Allah Ta'ala (Ibrahim 14:24), maksudnya : "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit".

- “al-Fiqh” dari sudut pengertian Bahasa Arab ialah : Kefahaman. 

Contohnya: Firman Allah Ta'ala (Taha 20:27-28), maksudnya : "Dan leraikanlah simpulan dari lidahku supaya mereka memahami kata-kataku".

- “al-Fiqh” dari sudut pengertian istilah ialah : Pengetahuan terhadap hukum-hukum Syara‘ yang bersangkutan dengan amalan, diambil dari dalil-dalil yang terperinci. 

Khamis, 27 Februari 2014

HUKUM JANGGUT DAN MISAI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له  ،  ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن 
: محمدا عبده ورسوله، أما بعد 

APAKAH ITU JANGGUT ?
Janggut, menurut al-Majid al-Fairuz Abadi penulis al-Qamus Muhith ialah: (اَلْلِّحْيَةُ) jika dikasrah (dibaris bawah) huruf lam (ل)adalah rambut yang tumbuh dikedua belah pipi dan dagu.(1)

Paras batasan janggut, dari rambut yang tumbuh di bawah bibir bersambung dengan rambut di dagu sehinggalah rambut yang tumbuh di bawah dagu. Luasnya pula dari rambut di kedua-dua pipi atau di wajah. Seluruhnya adalah janggut.(2)

Juga dinamakan janggut, ialah seluruh rambut di wajah yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis). Dan misai yang panjangnya melebihi bibir hendaklah dipotong kemas (dirapikan).(3) Manakala gaya misai melenting bukan ajaran Islam, tetapi ditiru dari Majusi.



( Syaikh Mus`ad Anwar )


Ahad, 23 Februari 2014

WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI KU, PELIHARALAH AURATMU !

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له  ،  ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن 
: محمدا عبده ورسوله، أما بعد 


Antara syiar terpenting yang dapat membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah dari segi disiplin pakaian yang menepati kehendak dan piawaian syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa kriteria asas. Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri syariat Islam itu sendiri yang bersifat thabat dan murunah, tetap dalam menjaga prinsip-prinsip asas dan anjal jika melibatkan permasalahan cabang dan kaedah pendekatan. Ia tegas dari segi prinsip wajib memakai tudung kepala dan menutup aurat mengikut batas yang telah ditentukan. Namun dari segi jenis pakaiannya masih fleksibel dan boleh disesuaikan selama mana ia memenuhi garis panduan atau ciri-ciri menutup aurat.

Khamis, 6 Februari 2014

MARTABAT JIHAD


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد



Jihad merupakan amal kebaikan yang disyari’atkan Allah Subhana wa Taa'la. Ia menjadi sebab kukuh dan mulianya umat Islam. Sebaliknya, jika kaum Muslimin meninggalkan jihad di jalan Allah, maka mereka akan mendapatkan kehinaan. Dijelaskan dalam hadits yang shahih : [1]


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَا يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ 

"Dari Ibn Umar, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila kalian telah berjual-beli ‘inah, mengambil ekor sapi dan redha dengan pertanian serta meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan kalian kerendahan (kehinaan). Allah tidak mencabutnya dari kalian sampai kalian kembali kepada agama kalian" [HR Abu Daud].

Selasa, 31 Disember 2013

ASAL HUKUM BAGI IBADAT


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد


Tulisan ini adalah himpunan perkataan para ulama berhubung konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakan jawapan terhadap kekeliruan segelintir manusia yang tidak dapat membezakan diantara kaedah syarak dalam mu’amalat dengan kaedah syarak dalam ibadat.

Kesan daripada kekeliruan ini sungguh besar kerana ia antara faktor penyebab berlakunya rekaan dan tokok tambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti : 

"apa salahnya ?, tak ada dalil pun yang melarang ! ,tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak, nanti di akhirat Allah pilihlah ! Mana yang betul Allah terima dan mana yang salah Allah tolak dan sebagainya."