بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)
Memaparkan catatan dengan label Sunnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sunnah. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

PENGERTIAN AS-SUNNAH MENURUT SYARI'AT. (RINGKASAN)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد






PENGERTIAN AS-SUNNAH
------------------------------------------------------------
As-Sunnah menurut istilah syariat ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam bentuk qaul (ucapan), fi’il (perbuatan), taqrir (penetapan), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri’ (pensyari’atan) bagi umat Islam.[1]

Adapun hadis pula, menurut bahasa ialah sesuatu yang baru. Secara istilahnya ia sama dengan As-Sunnah menurut jumhur ulama.

Ada ulama yang menerangkan makna asal secara bahasa bahawa : Sunnah itu untuk perbuatan dan taqrir, adapun hadis untuk ucapan. 

Akan tetapi ulama sudah banyak melupakan makna asal bahasa dan memakai istilah yang sudah lazim digunakan, iaitu bahawa As-Sunnah muradif (sinonim) dengan hadis.

As-Sunnah menurut istilah ulama ushul fiqih ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Shalallahu a'laihi wasallam selain dari Al-Quran, baik perbuatan, perkataan, taqrir (penetapan) yang baik untuk menjadi dalil bagi hukum syar’i.