بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد
Apabila membaca tajuk diatas, pasti ada yang terkejut dan hairan. Bagaimana sebahagian kita sebagai umat Muhammad berkemungkinan besar tergolong didalam golongan yang dihalau oleh Baginda Shalallahu a'laihi wasallam. Nau'dzubillahimin zaalik.
Apakah benar perkara tersebut boleh berlaku ?. Marilah kita melihat dalil dan kisah yang terhidang untuk santapan kita sebagai peringatan untuk kita semua.
Bahawa Sahabat Abu Hurairah radhuallahu ‘anhu menceritakan ( maksudnya) :
Pada suatu hari Nabi Shallallahu a'laihi wa Sallam mendatangi perkuburan, lalu Baginda mengucapkan salam :
Pada suatu hari Nabi Shallallahu a'laihi wa Sallam mendatangi perkuburan, lalu Baginda mengucapkan salam :
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ
“Semoga keselamatan senantiasa menyertai kalian wahai penghuni kuburan dari kaum mukminin, dan kami insya Allah pasti akan menyusul kalian“.
Selanjutnya Baginda bersabda: “aku sangat berharap untuk dapat melihat saudara-saudaraku“.
Mendengar ucapan ini, para sahabat kehairanan, sehingga mereka bertanya: “bukankah kami adalah saudara-saudaramu wahai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab :
أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ
“Kalian adalah sahabat-sahabatku, sedangkan saudara-saudaraku adalah umatku yang akan datang kelak“.
Kemudia para sahabat bertanya: “Wahai rasulullah, bagaimana engkau dapat mengenali umatmu yang sampai saat ini belum terlahir?“. Beliau menjawab:
أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ
“Menurut pendapat kalian, andai ada orang yang memiliki kuda yang di dahi dan ujung-ujung kakinya berwarna putih dan kuda itu berada di tengah-tengah kuda-kuda lainnya yang berwarna hitam legam, tidakkah orang itu dapat mengenali kudanya?”
Para sahabat menjawab : “tentu saja orang itu dengan mudah mengenali kudanya“. Maka Rasulullah membalas jawapan mereka dengan bersabda:
فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنَ الْوُضُوءِ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ
“Seseungguhnya umatku pada hari qiamat akan datang dalam keadaan wajah dan hujung-hujung tangan dan kakinya bersinar sebagai tanda mereka berwudhu; semasa hidupnya di dunia“.
Aku akan menanti umatku di pinggir telagaku [1] di alam mahsyar. Dan ketahuilah bahawa akan ada dari umatku yang diusir oleh Malaikat, sebagaimana seekor unta yang tersesat dari pemiliknya dan mendatangi tempat minum milik orang lain, sehingga ia pun diusir. Melihat sebahagian orang yang memiliki tanda-tanda pernah berwudhu', maka aku memanggil mereka: “kemarilah“. Namun para Malaikat yang mengusir mereka berkata:
فَيُقَالُ: إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ
“Sesungguhnya mereka sepeninggalmu telah mengubah-ngubah ajaranmu“.
Mendapat penjelasan semacam ini, maka aku (Rasulullah) berkata :
سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي
“Jauhilah, jauhilah wahai orang-orang yang sepeninggalku mengubah-ngubah ajaranku”
(H/R oleh Al Bukhari dan Muslim).
PENGERTIAN HADIS
Jika diperhatikan matan (teks) hadis di atas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut bahawa ... Sesungguhnya mereka datang pada Hari Kiamat dengan putih bersinar kerana (bekas) wudhu.... Kenyataan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini menunjukkan kepada kita bahawa mereka semua adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah.
Namun apa yang memeranjatkan kita ialah dalam hadis tersebut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga turut menyatakan bahawa ... Maka jangan sampai ada yang terusir dari telagaku, sebagaimana unta tersesat yang terusir.... Berdasarkan kepada pernyataan ini maka dapat difahami bahawa dalam kalangan "orang-orang yang beribadah" tersebut akan ada satu kelompok dari mereka yang akan dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
(H/R oleh Al Bukhari dan Muslim).
PENGERTIAN HADIS
Jika diperhatikan matan (teks) hadis di atas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut bahawa ... Sesungguhnya mereka datang pada Hari Kiamat dengan putih bersinar kerana (bekas) wudhu.... Kenyataan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini menunjukkan kepada kita bahawa mereka semua adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah.
Namun apa yang memeranjatkan kita ialah dalam hadis tersebut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga turut menyatakan bahawa ... Maka jangan sampai ada yang terusir dari telagaku, sebagaimana unta tersesat yang terusir.... Berdasarkan kepada pernyataan ini maka dapat difahami bahawa dalam kalangan "orang-orang yang beribadah" tersebut akan ada satu kelompok dari mereka yang akan dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Di sini timbul satu persoalan, siapakah kelompok yang dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut dan mengapakah mereka dihalau, padahal mereka ialah umat bagindashallallahu ‘alaihi wasallam serta merupakan golongan yang tekun di dalam beribadah?
Terhadap persoalan di atas, ia dapat dijawab dengan merujuk kepada matan (teks) hadis itu sendiri, dimana dalam hadis tersebut sedia dijelaskan bahawa ... Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan (dalam agama ini) setelah (kewafatan) engkau ...
Berdasarkan penjelasan ini, tidak syak bagi kita bahawa mereka ialah golongan ahli ibadah yang gemar melakukan amalan-amalan yang bid'ah (perkara baru yang diada-adakan) di dalam agama.
Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahhab al-Wushabi mengutip pandangan al-Hafiz Ibnu ‘Abd al-Barr berkenaan dengan maksud hadis di atas di mana beliau berkata (maksudnya) :
"Semua yang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) dalam Islam termasuk golongan yang dihalau dari telaga, misalnya kaum Khawarij, (Syi’ah) al-Rafidhah dan semua pengekor hawa nafsu. Demikian pula orang-orang zalim, melakukan kejahatan, merampas hak dan terang-terangan melakukan dosa besar. Mereka ini dikhuatirkan termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam berita hadis-hadis ini".[2]
Hal ini bukanlah suatu yang menghairankan kita kerana sedia difahami bahawa Islam amat melarang keras umatnya daripada mengadakan sesuatu di dalam urusan agama ini apa yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Ini sebagaimana jelas hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan pernyataan daripada para tokoh al-Salaf al-Shalih yang mencela setiap bid’ah di dalam agama kerana setiap bid’ah itu adalah sebuah kesesatan di sisi ajaran Islam.
Perhatikan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berikut :
"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat". [3]
Sabdanya lagi dalam riwayat yang lain :
"Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah (al-Qur’an). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka". [4]
Manakala al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata :
"Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam yang dia menganggapnya sebagai hasanah (baik), maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Muhammad telah berkhianat di dalam (menyampaikan) risalah (Islam yang diamanahkan kepadanya). Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Maka apa-apa yang tidak menjadi (bahagian dari) agama pada hari itu, nescaya tidak akan menjadi (bahagian dari) agama pada hari ini".[5]
Apa yang diungkapkan oleh al-Imam Malik rahimahullah di atas ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dimana baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menegaskan bahawa :
"Siapa yang menyangka bahawa Muhammad masih menyembunyikan sesuatu dari wahyu yang telah Allah turunkan kepadanya, maka dia telah membuat kedustaan yang besar atas nama Allah kerana Allah telah berfirman (dalam surah al-Maidah, ayat 67): Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya".[6]
Selanjutnya, perhatikan pula ucapan ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’anhu seperti berikut :
"Semua bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik)".[7]
Sementara itu, al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata :
"Pokok Sunnah menurut kami (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) adalah berpegang teguh kepada apa yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengikuti mereka serta meninggalkan bid’ah. Segala bid’ah itu adalah sesat". [8]
Perlu difahami bahawa apa yang dimaksudkan dengan bid’ah yang sesat menerusi huraian di atas adalah merujuk kepada hal-hal baru yang diwujudkan di dalam urusan ibadah dan akidah.[9]
Adakah kita ingin bernasib seperti mereka? Tentu jawapannya : Tidak.
Oleh kerana itu, marilah kita menjaga kemurnian ajaran Baginda Shallallahu a'laihi wa Sallam dan mengamalkannya dengan sepenuhnya tanpa ditambah atau dikurangi.
____________________________________________
Nota Kaki :
[1] Telaga al-Haudh ialah sebuah telaga yang diperuntukan khas bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada Hari Kiamat kelak. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika menjelaskan sifat-sifat telaga al-Haudh :
حوضي مسيرة شهر ماؤه أبيض من اللبن وريحه أطيب من المسك وكيزانه كنجوم السماء من شرب منها فلا يظمأ أبدا.
"Telagaku seluas perjalanan sebulan (perjalanan). Warna airnya lebih putih daripada susu, aromanya lebih harum daripada minyak kasturi dan bejananya sejumlah bintang-bintang di langit. Sesiapa yang meminum darinya, maka tidak akan dahaga selamanya". – Hadis riwayat al-Bukhari, no. 6579 dan Muslim, no. 2292.
[2] Lihat Orang-Orang Yang Terusir Dari Telaga Nabi karya Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahhab al-Wushabi, ms. 20-21.
[3] Hadis riwayat Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat komentar Syeikh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, no. 2455.
[4] Hadis riwayat Abu Daud, no. 1097, at-Tirmidzi, no. 1105, Ibnu Majah, no. 1892 dan lain-lain.
[5] Lihat al-Masa-il karya Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, jld. 1, ms. 91.
[6] Hadis riwayat Muslim, no. 287.
[7] Diriwayatkan oleh al-Lalaka’i, 1/104 dan Ibnu Baththah dalam al-Ibanah 1/339, no. 205.
[8] Riwayat al-Lalaka’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 317.
[9] Lihat Bid'ah Hassanah, Istilah Yang Disalah Fahami (Dato'Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) dalam www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm
____________________________________________
Sumber : Mengenal Umat Nabi Yang Terusir (Mohd. Hairi Nochi) www.hafizfirdaus.com/ebook/CINTAALLAH/R3.htm
Disalin Dan Disunting : al-Ghuraba', Syeikh Mohd Ramzi Razuwan