أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
بارك الله في عمرك ، آمين
"Dengan bertambahnya umur mu, maka di doakan semoga bertambah Iman, Taqwa, Rezeki, Kebahagian & Kesihatan yang lebih baik, Amin".
Ya, begitulah setiapkalinya apabila tiba ulangtahun kelahiran kita mahupun ahli keluarga & rakan² kenalan kita. Maka kita mulalah akan menerima & memberikan pelbagai ucapan & doa selamatnya bahkan ada yang berbelanja "sakan" untuk menyambutnya. Saban tahun ia akan berterusan, sedangkan hakikat yang sebenarnya ialah ia menunjukkan bahawa umur kita semakin meningkat & mendekati al-Maut (mati).
Namun marilah kita merenung kembali firman Allah Ta'ala tentang perjalanan umur insan dari dilahirkan sehinggalah lanjut usia & mati. Firman-Nya didalam surah an-Nahl, ayat ke 70 :
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ ثُمَّ یَتَوَفَّىٰكُمۡۚ وَمِنكُم مَّن یُرَدُّ إِلَىٰۤ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِكَیۡ لَا یَعۡلَمَ بَعۡدَ عِلۡمࣲ شَیۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمࣱ قَدِیرࣱ
Maksudnya : "Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian DIA mematikan kamu. Dan ada pula antara kamu yang dikembalikan kepada peringkat umur yang lanjut (tua) sehingga menjadilahnya tidak tahu (ingat) sesuatu yang dulunya dia mempunyai pengetahuan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa".
In English : "And Allah created you; then He will take you in death. And among you is he who is reversed to the most decrepit [old] age so that he will not know, after [having had] knowledge, a thing. Indeed, Allah is Knowing and Competent".
Ambillah contoh dari Amirul Mukminin Saidina ‘Umar bin al-Khattab Radhiallahu anhu. Pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai ibadah haji, beliau lantas berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya :
"Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”.
Demikianlah kita semua sebagai hamba Allah yang bernama insan. Lihatlah, sekalipun sehebat 'Umar al-Khattab atau sesiapa pun termasuklah kita ini. Walau besarnya atau kecilnya kuasanya, tinggi atau rendah jawatannya & pangkatnya, berharta & kaya atau miskin & tiada hartanya papa kedana, apabila sampai pada satu peringkat umur itu, kita akan mulai beruban, lemah tenaga & ingatan serta pasti akan mati jua.
Allah berfirman didalam surah ali-Imran, ayat ke 185 :
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya : “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya”.
In English : "Everyone is bound to taste death and you shall receive your full reward on the Day of Resurrection. Then, whoever is spared the Fire and is admitted to Paradise has indeed been successful. The life of this world is merely an illusory enjoyment".
Oleh itu, di kesempatan umur yang kita ada ini, maka berusahalah & berhijrahlah ke arah kebaikan sepertimana yang telah disarankan oleh Agama. Janganlah terlalai dengan kehidupan dunia. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita serta mematikan kita dalam husnul khatimah, insya Allah, Amin!.
Sumber : YouTube - Yufid.TV
والله أعلمُ
☝🏽Al-Faqer, Abu Syeikh al-Ghuraba' @ PS.
Ahad, 6 Rejab 1441 / 1 March 2020