بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Ahad, 1 Mac 2020

LAMAN AL-GHURABA' : Hakikat Disebalik Ulangtahun Kelahiran Kita


أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم


بارك الله في عمرك ، آمين
"Dengan bertambahnya umur mu, maka di doakan semoga bertambah Iman, Taqwa, Rezeki, Kebahagian & Kesihatan yang lebih baik, Amin".

Ya, begitulah setiapkalinya apabila tiba ulangtahun kelahiran kita mahupun ahli keluarga & rakan² kenalan kita. Maka kita mulalah akan menerima & memberikan pelbagai ucapan & doa selamatnya bahkan ada yang berbelanja "sakan" untuk menyambutnya. Saban tahun ia akan berterusan, sedangkan hakikat yang sebenarnya ialah ia menunjukkan bahawa umur kita semakin meningkat & mendekati al-Maut (mati).

Namun marilah kita merenung kembali  firman Allah Ta'ala tentang perjalanan umur insan dari dilahirkan sehinggalah lanjut usia & mati. Firman-Nya didalam surah an-Nahl, ayat ke 70 :

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ ثُمَّ یَتَوَفَّىٰكُمۡۚ وَمِنكُم مَّن یُرَدُّ إِلَىٰۤ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِكَیۡ لَا یَعۡلَمَ بَعۡدَ عِلۡمࣲ شَیۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمࣱ قَدِیرࣱ

Maksudnya : "Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian DIA mematikan kamu. Dan ada pula antara kamu yang dikembalikan kepada peringkat umur yang lanjut (tua) sehingga menjadilahnya tidak tahu (ingat) sesuatu yang dulunya dia mempunyai pengetahuan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa".

In English : "And Allah created you; then He will take you in death. And among you is he who is reversed to the most decrepit [old] age so that he will not know, after [having had] knowledge, a thing. Indeed, Allah is Knowing and Competent".

Ambillah contoh dari Amirul Mukminin Saidina ‘Umar bin al-Khattab Radhiallahu anhu. Pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai ibadah haji, beliau lantas berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya :

"Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”.

Demikianlah kita semua sebagai hamba Allah yang bernama insan. Lihatlah, sekalipun sehebat 'Umar al-Khattab atau sesiapa pun termasuklah kita ini. Walau besarnya atau kecilnya kuasanya, tinggi atau rendah jawatannya & pangkatnya, berharta & kaya atau miskin & tiada hartanya papa kedana, apabila sampai pada satu peringkat umur itu, kita akan mulai beruban, lemah tenaga & ingatan serta pasti akan mati jua.


Allah berfirman didalam surah ali-Imran, ayat ke 185 :

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya : “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya”.

In English : "Everyone is bound to taste death and you shall receive your full reward on the Day of Resurrection. Then, whoever is spared the Fire and is admitted to Paradise has indeed been successful. The life of this world is merely an illusory enjoyment".

Oleh itu, di kesempatan umur yang kita ada ini, maka berusahalah & berhijrahlah ke arah kebaikan sepertimana yang telah disarankan oleh Agama. Janganlah terlalai dengan kehidupan dunia. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita serta mematikan kita dalam husnul khatimah, insya Allah, Amin!.



Sumber : YouTube - Yufid.TV

والله أعلمُ 

☝🏽Al-Faqer, Abu Syeikh al-Ghuraba' PS. 
Ahad, 6 Rejab 1441 / 1 March 2020


Ahad, 2 Februari 2020

LAMAN AL-GHURABA' : Bakhil Pasti Merugi Di Dunia & Di Akhirat!



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

Allah Ta’ala berfirman didalam surah ali- 'Imran, ayat ke 180 :

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnian-Nya serta menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di leherniya di hari kiamat".

Sifat bakhil itu berbahaya, baik di dunia dan akhirat. Akibat bakhil yang diperturutkan akan mencelakan diri para pelakunya. Ia akan mendapat kerugian dan azab diakhirat kelak.

Sebagai contohnya, bakhilnya seorang da’i untuk menyampaikan kebenaran dikeranakan takut nikmat dunianya akan berkurang. Bakhilnya seorang pemimpin untuk menggunakan kepemimpinannya untuk membela islam dan kebenaran. Bakhilnya seseorang untuk mengorbankan waktunya berfikir untuk kemajuan Islam. Bakhilnya seseorang untuk mengeluarkan hartanya di jalan Allah Ta’ala. Lebih parah lagi, bakhilnya seseorang itu untuk memberikan kemudahan dan bantuan bagi orang lain walaupun hanya dengan sesuatu yang remeh. Orang yang bakhil tidak akan mungkin mahu memberikan sedikit sedaqah dari hartanya, waktunya, tenaganya apalagi jiwa dan ruhnya untuk Islam dan umatnya.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :

وَعَنْ جَابِرٍ رضى الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اتَّقُوْا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوْا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ
"Diriwayatkan dari Jabir radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda : “Jauhilah (takutlah) oleh kalian perbuatan zalim, kerana kezaliman itu merupakan kegelapan pada hari kiamat. Dan jauhilah oleh kalian sifat kikir/bakhil, kerana kikir/bakhil telah mencelakakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka untuk menumpahkan darah dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan bagi mereka".
[H/R Muslim].

Sabda Baginda Shallallahu alaihi wasallam yang lain :

إِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالشُّحِّ أَمَرَهُمْ بِالْبُخْلِ فَبَخَلُوا وَأَمَرَهُمْ بِالْقَطِيعَةِ فَقَطَعُوا وَأَمَرَهُمْ بِالْفُجُورِ فَفَجَرُوا
"Hendaklah kalian jauhi sifat bakhil, maka sesungguhnya telah celaka orang-orang sebelum kalian dengan kebakhilan : memerintahkan kepada mereka dengan kebakhilan kemudian mereka bakhil, dan memerintahkan hingga merelakan untuk memutuskan silaturrahim, kemudian mereka putus, dan memerintahkan kepada mereka dengan perbuatan dosa kemudian ia melakukannya".
[H/R. Abu Daud]

Ketahuilah, salahsatu penunjuk atau aras seseorang itu sudah "bertuhankan" kebakhilan, jelas tampak keimanan mereka itu kurang bahkan sudah tiada.


Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

لاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَ اْلإِيْمَانُ فِي قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا 
“Sifat kikir dan iman tidak akan berkumpul dalam hati seseorang selama-lamanya”. 
[Al-Musnad, karya Ahmad 14/202, no. 8512, dan Shahih Ibni Hiban 8/43, no. 3251]

Semoga Allah Ta’ala memudahkan kita dalam melakukan kebaikan, melapangkan dada kita untuk berinfaq dan menjauhkan kita dari kebakhilan.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ 
فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari penakut, aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur".
[H/R Bukhari dalam Fathul Baari:6/35]



والله أعلمُ 




☝🏽Al-Faqer, Abu Syeikh al-Ghuraba' PS
Ahad, 8 Jamadilakhir 1441 / 2 Februari 2020