بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له ، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد :
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له ، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد :
SIAPA SALAF AS-SOLEH
"Salaf ialah sesiapa yang mendahului engkau seperti ibu bapa atau kaum kerabat yang lebih tua pada umur atau kedudukan".[3]
Kalimah salaf telah disebut di dalam al-Quran. Allah berfirman:
فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلاً لِلاَخِرِيْنَ.
"Dan Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".
Jika pengertian salaf: "Orang yang mula-mula, awal-awal atau terdahulu"maka orang-orang yang menjadi salaf kita dalam menerima, memahami, mengamalkan, mengajarkan dan memperjuangkan Islam tentulah terdiri dari para sahabat kerana mereka menerima langsung agama ini dari Naib Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan mereka hidup di zaman turunnya wahyu. Allah menjamin tentang kesalafan mereka sebagaimana firmanNya:
وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْاهُمْ بِاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضَوْا عَنْهُ وَاَعَّـدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا اْلاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا اَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ.
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar".
Kemudian setelah sahabat tentulah para tabiin yang menerima pemahaman Islam dari para sahabat radhialllahu 'anhum dan kemudiannya pula para tabiut at-tabiin kerana mereka menerimanya dari tabiin dan selepas itu sesiapa sahaja yang berittiba’ kepada mereka dengan baik sehinggalah ke Hari Kiamat.
Para sahabat sama ada dari kalangan Muhajirin atau Ansar sudah diketahui sebagai ummah yang termula, mereka adalah manusia yang terdahulu atau terawal menerima Islam, oleh sebab itu mereka adalah benar-benar Salaf as-Soleh yang paling soleh dan terbaik untuk diikuti manhajnya, malah manhaj mereka telah dijamin sebagai manhaj yang paling baik dan selamat sebagaimana firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan menegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah".
Yang dimaksudkan "Kamu adalah umat yang terbaik" Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam para sahabat. Mereka dianggap oleh al-Quran sebagai sebaik-baik ummah kerana mereka sentiasa berpegang kepada manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Menurut hadis sahih, selain para sahabat maka para tabiin dan atba' at-tabiin telah digolongkan juga sebagai sebaik-baik ummah yang selamat manhajnya. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.
"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (atba' at-tabiin)". [4]
Mereka (para sahabat radiallahu ‘anhum) digelar sebagai sebaik-baik generasi kerana manhaj mereka hanyalah manhaj al-Quran dan al-Hadis dalam setiap urusan agama mereka. Mereka sentiasa mematuhi suruhan Allah dan RasulNya agar berittiba' kepada wahyu Allah sebagaimana firmanNya:
وَاتَّبِعُوْا اَحْسَنَ مَا اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِنْ رَّبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَاَنْتُمْ لاَتَشْعُرُوْنَ.
"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya".
Yang dimaksudkan (اَحْسَنَ مَا اُنْزِلَ): "Sebaik-baik apa yang telah diturunkan" ialah“al-Quran”, kerana al-Quran keseluruhannya hanya dipenuhi oleh perkara-perkara yang terbaik (amat sempurna).[5]
Para sahabat ditarbiyah (dididik) oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan wahyu (al-Quran dan sunnah) yang sedang diturunkan, oleh sebab itu mereka adalah manusia yang paling baik, mulia dan sempurna sebagaimana yang telah dijelaskan di surah Ali Imran, 3:110.
Ibn Taimiyah rahimahullah telah memfatwakan tentang penentuannya siapa sebenarnya mereka yang berhak bergelar Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh sehingga setiap orang yang beriman diwajibkan bermanhaj dengan manhaj mereka:
اَنَّ اَهْلَ السُّـنَّةِ هُمُ الَّذِيْنَ الْمُتَمَسِّـكُوْنَ بِكِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا اتَّفَقَ عَلَيْهِ السَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بِاِحْسَانٍ.
"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam (Hadis sahih) dan apa yang disepakati oleh orang-orang pendahulu yang awal (salaf) yang terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik". [6]
فَمَنْ قَالَ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَاْلاِجْمَاعِ كَانَ مِنْ اَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ.
"Maka sesiapa yang berkata-kata berdasarkan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah serta ijmak maka ia adalah tergolong dalam golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah". [7]
Dalam persoalan manhaj, Ibn Taimiyah rahimahullah menjelaskan tentang wajibnya kita bermanhaj Salaf as-Soleh kerana ia memenuhi tuntutan berjamaah sebagaimana yang disyaratkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam tentang jamaah iaitu:
"Yang sepertiku (yang seperti manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam) dan (manhaj) para sahabatku".
Oleh sebab itu Ibn Taimiyah menekankan:
لاَ عَيْبَ عَلَى مَنْ اَظْهَرَمَذْهَبَ السَّلَفِ وَانْتَسَبَ اِلَيْهِ وَاعْتَزَى اِلَيْهِ بَلْ يَجِبُ قُبُوْل ذَلِكَ مِنْهُ بِاْلاِتِّفَاقِ فَاِنَّ مَذْهَبَ السَّلَفِ لاَ يَكُوْنُ اِلاَّ حَقًّا.
"Tidak akan menjadi 'aib (kesalahan) bagi seseorang mengakui sebagai bermazhab (bermanhaj) salaf, menasabkan dirinya kepada salaf dan berbangga dengan salaf. Malah wajib menerima mazhab (manhaj) salaf sebagaimana yang telah disepakati. Sesungguhnya mahzab salaf tidak lain hanyalah mazhab yang sebenarnya (hak)". [8]
Mahmud Muhammad Khufaji pula menulis tentang manhaj Salaf as-Soleh:
وَلَيْسَ هَذَا التَّحْدِيْد الزَّمَنِيْ كَافِيًا فِى ذَلِكَ بَلْ لاَبُدَّ اَنْ يُضَافَ اِلَى هَذَا السَّبَق الزَّمَنِي مُوَافَقَة الرَّاْي لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ نَصًّا وَرَوْحًا فَمَنْ خَالَفَ رَاْيُهُ الْكِتَابَ وَالسُّنَّة فَلَيْسَ بِسَلَفِى وَاِنْ عَاشَ بَيْنَ اَظْهُرِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْ التَّابِعِيْنَ.
"Bukanlah penentuan zaman sudah memadai dalam perkara ini (menentukan seseorang itu salafi), tetapi di samping penentuan tersebut (bahawa salaf bukan sahaja generasi yang berada) di zaman (para sahabat) yang berlalu zamannya, malah perlulah ada kesepakatan pandangan mereka dengan al-Kitab dan as-Sunnah, jika tidak, maka dia tidak boleh dinamakan salafi sekalipun ia hidup di tengah-tengah para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin". [9]
MANHAJ AHLI SUNNAH WAL- JAMAAH
Manhaj menurut pengertian bahasa ialah jalan yang jelas, mudah dan terang. Kalimah ini terdapat di dalam al-Quran, antaranya firman Allah :
لِكُلِّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمَنْهَاجًا.
"Untuk tiap-tiap umat (di antara kamu) Kami berikan aturan dan jalan yang terang".
Kalimah manhaj (منهاج) di ayat ini diterjemahkan "Jalan yang terang" dan ia dimaksudkan juga sebagai (سَبِيْلاً) "Jalan" atau (سُنَّةً) "Sunnah".[10]
Menurut Imam Ibn Kathir dan as-Syaukani yang dinukil dari Abi Abbas Muhammad bin Yazid, apa yang dimaksudkan manhaj ialah:
اَمَّا الْمَنْهَجُ : فَهُوَ الطَّرِيْقُ الْوَاضِحُ السَّهْلُ.
"Adapun apa yang dimaksudkan sebagai manhaj ialah: Jalan yang terang dan mudah".[11]
Terdapat banyak dalil-dalil syarak dan fatwa-fatwa ulamak muktabar yang menjelaskan tentang wajibnya berpegang kepada manhaj (jalan/sunnah) Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana Ahli Sunnah wal-Jamaah sentiasa berpegang kuat (ittiba') kepada sunnah atau syarak (Al-Quran, al-Hadis dan athar-athar yang sahih). Sesiapa yang tidak berpegang dengan sunnah maka dia tidak boleh dinamakan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana mereka terkeluar dari manhaj salaf yang menjadi asas Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah hanya layak disandang oleh mereka yang benar-benar berjalan di atas landasan (صراط) yang dilalui oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah dicontohkan oleh para Salaf as-Soleh (Rasulullahsallallahu 'alaihi wa-sallam, para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin) dan mereka yang mengikut jalan (manhaj) Salaf a-Soleh dengan baik. Allah berfirman:
وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ.
"Dan bahawasanya (Yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain). Kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". Al-An'am, 6:15
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْـعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : خَطَّ لَنَا رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ يَوْمًا خَطًّا ثُمَّ قَالَ : هَذَا سَـبِيْلُ اللهِ وَخَطَّ خُطُوْطًا عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ : هَذِهِ سُبُلٌ مِنْهَا شَيْـطَانٌ يَدْعُوْا اِلَيْهِ ثُمَّ تَلاَ : وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّـبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ.
"Dari Abdullah bin Masoud radiallahu 'anhu berkata: Pada suatu ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah jalan tersebut dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang banyak itu) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa". [12]
MANHAJ SALAF AS-SOLEH
Untuk mengenali manhaj para Salaf as-Soleh dalam memahami agama Islam dapat diringkaskan kepada beberapa bahagian :
Pertama : Manhaj Salaf as-Soleh ini dikenali juga dengan istilah manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah. Manhaj ini hanya memberi penumpuan kepada dalil-dalil dari al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah secara langsung kerana tidak terdapat masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan ayat al-Quran atau hadis yang sahih atau melalui kedua-duanya sekali.
Pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf-Soleh amat berbeza dengan manhaj sufi falsafi, Muktazilah dan ahli kalam dari golongan Asy’ariyah, Maturidiyah dan firqah-firqah yang seumpamanya, kerana golongan Salafi (yang bermanhaj Salaf as-Soleh) lebih mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat radhiallahu ‘anhum. Golongan seperti sufi falsafi, Muktazilah, ahli kalam dan firqah yang seumpama mereka hanya menerima apa yang sesuai dengan akal fikiran mereka, kalau terdapat dalil yang bertentangan dengan akal fikiran mereka nescaya mereka tolak walaupun merupakan hadis yang sahih. Itulah sebabnya mereka digelar ‘Aklaniyun ( عَقْلاَنِيُّوْن ) “Penyembah Atau Pemuja Akal” atau digelar juga sebagai ahlu al-ahwa (اَهْلُ الاَهْوَاء) “Penyembah Atau Pemuja Hawa Nafsu”.
Kedua : Manhaj Salaf as-Soleh hanya menggunakan istilah-istilah dari syara'(اَلشَّرْعِيَّةُ) apabila menyatakan atau menjelaskan persoalan akidah sama ada untuk menerangkan atau membantah mereka yang khilaf.
Ketiga : Manhaj Salaf as-Soleh amat kurang menggunakan pentakrifan dalam persoalan akidah, tetapi diberi ruang seluas-luasnya di segi fikhiyah atau muamalah.
Keempat : Membentangkan persoalan akidah dengan uslub (gaya/metod) bahasa yang mudah sehingga hampir tidak ada perkara yang tersembunyi.
Kelima : Menyelesaikan setiap persoalan dengan contoh yang sederhana, dengan kalimah yang ringkas dan mudah yang dirujukkan kepada al-Quran dan as-Sunnah (hadis-hadis sahih).
Keenam : Memuliakan dan mematuhi setiap nas-nas yang warid (yang terdapat dan diambil) dari al-Quran atau as-Sunnah dan tidak keluar dari makna al-Quran yang difahami oleh Bangsa Arab (Bahasa Arab asli/tulin). Dan tidak akan lari dari makna al-Quran menurut Bahasa Arab kerana hanya Bangsa Arab yang benar-benar memahami bahasa mereka dan dalil-dalil yang qat’ei (قطعي) dari al-Quran, al-hadis dan athar sahabat yang semuanya berbahasa Arab yang tulin.
------------------------------------------------------------------- Nota Kaki :
[1]. Lihat : معجم مقايس اللغةJld. 3. Hlm. 95. Ibnu Faris.
[2]. Lihat : القاموس المحيط Al-Fairuz Abadi.
[3]. Lihat : Lisan (9/159). Lihat juga: المفسرون للمغراوى Jld. 1. Hlm. 18.
[4]. H/R Bukhari.
[5]. Lihat: Tafsir al-Qurtubi, jld. 15 hlm. 270. Dan tafsir at-Tabari, jld. 13 hlm. 23.
[6]. Lihat : مجموعة الفتاوىJld.3 Hlm. 375. Ibn Taimiyah.
[7]. Ibid. Hlm. 346.
[8]. Lihat : مجموعة الفتاوى Jld. 4. Hlm. 149. Ibn Taimiyah.
[9]. Lihat : العقيدة الاسلامية بين السلفية والمعتزلة تحليل ونقدJuz. 1. Hlm. 20-21. Mahmud al-Khufaji.
[10]. Lihat : منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى. Juz. 1. Hlm. 50. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.
[11]. Lihat : تفسير ابن كثير. Jld. 2. Hlm. 66. Dan lihat : فتح القدير Jld. 2. hlm. 48. As-Syaukani.
[12]. H/R Ahmad di "Musnad" Jld. 1. Hlm. 435. Al-Hakim di "al-Mustadrak" Jld. 2. Hlm. 318. Ibn Abi 'Asim (17) di As-Sunnah" Hlm. 13.
Sumber : Nawawi SubandiDisalin/Disunting : al-ghuraba', Syeikh Mohd Ramzi Razuwan |