بدأ الاسلام غريبا ، وسيعودغريبا كما بدأ ، فطوبى للغرباء
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti pada mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
(H/R Imam Muslim,no.145)

Selasa, 31 Disember 2013

ASAL HUKUM BAGI IBADAT


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد


Tulisan ini adalah himpunan perkataan para ulama berhubung konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakan jawapan terhadap kekeliruan segelintir manusia yang tidak dapat membezakan diantara kaedah syarak dalam mu’amalat dengan kaedah syarak dalam ibadat.

Kesan daripada kekeliruan ini sungguh besar kerana ia antara faktor penyebab berlakunya rekaan dan tokok tambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti : 

"apa salahnya ?, tak ada dalil pun yang melarang ! ,tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak, nanti di akhirat Allah pilihlah ! Mana yang betul Allah terima dan mana yang salah Allah tolak dan sebagainya."

Isnin, 30 Disember 2013

AQIDAH : 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN.

الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له  ،  ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن 
: محمدا عبده ورسوله، أما بعد 

Ketahuilah wahai umat Islam, bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan ke atas seluruh hamba-Nya masuk ke dalam agama Islam, berpegang teguh dengannya dan memperingatkan dari apa-apa yang menyelisihinya, dan mengutus Nabi-Nya iaitu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membawa ar-Risalah kepada umat. Allah Azza wa Jalla mengkhabarkan sesiapa yang mengikuti Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam maka dia telah mendapat hidayah (petunjuk), dan sesiapa yang menjauhinya maka dia telah sesat. Allah memperingatkan melalui firman-Nya yang banyak berkenaan sebab-sebab berlakunya riddah (kemurtadan) dan seluruh jenis-jenis kesyirikan dan kekufuran.


Ahad, 29 Disember 2013

MENGAPA PERLU BERMANHAJ SALAF AS-SOLEH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له  ،  ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد :




SIAPA SALAF AS-SOLEH

Salaf menurut bahasa ialah orang yang awal-awal, mula-mula atau yang terdahulu.[1] Atau pendahulu bagi suatu generasi.[2] Menurut Ibn Mansur:

"Salaf ialah sesiapa yang mendahului engkau seperti ibu bapa atau kaum kerabat yang lebih tua pada umur atau kedudukan".[3]

Kalimah salaf telah disebut di dalam al-Quran. Allah berfirman:

 فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلاً لِلاَخِرِيْنَ.
"Dan Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".   Zukhruf, 43:56.